Hana khusyuk memasukkan
data ke dalam komputer. Ada lebih 40 keping invoice yang harus di key in
ke dalam sistem sky walker yang di gunapakai oleh syarikatnya untuk hari ini.
Dia bukan jenis yang suka bertangguh kerja. Jawatan sebagai kerani inventory clerk dia sendiri maklum
setiap hari pasti ada saja barang yang akan di hantar.
Setelah selesai, Hana
mengasingkan invoice mengikut
department untuk di agihkan kepada executive
untuk di semak dan ditandatangan.
Hana memandang invoice yang perlu di hantar kepada Zhafran. Perlahan keluhan di
lepaskan. Beberapa hari lalu Zhafran ada menegurnya kerana tidak memaklumkan
terdapat gross yang negetif pada harga barang. Sebenarnya Hana tidak perasankan
benda itu kerana terlalu memikirkan perkara lain hinggakan dia terlupa membuat
semakan sebelum menghantar kepada Zhafran. Sakit jugalah hati nya di sindir
Zhafran. Konon nya akibat asyik bercinta dia jadi lalai dan leka pada kerja.
Entah dari mana la Zhafran dapat idea mengatakan dia sedang bercinta. Hana
tidak tahu.
“kenapa tercegat dekat
situ?” suara garau milik Zhafran yang menegurnya dari belakang buat Hana jadi panik
seakan dia telah melakukan suatu kesalahan yang salah di sisi undang-undang.
“awak nak bagi saya
invoice tu atau awak nak mohon kerja jadi jaga dekat depan pintu bilik saya?”
Zhafran tahu, tentu Hana malas berjumpa dengan nya tapi atas urusan kerja gadis
itu terpaksa juga datang mencemar duli. Invoice di tangan Hana di tarik
kasar. Hana masih lagi berdiri tanpa sebarang reaksi.
Zhafran merenung muka
Hana. Jari telunjuknya menunjal-nunjal bahu gadis itu. “haaa…ada apa encik Zhafran?”
Hana bertanya seakan terkejut. Zhafran rasa mahu ketuk-ketuk saja kepala Hana
saat ini. Takkan dari tadi Hana mengelamun pula. Kalau dia tahu tadi pasti
benda lain yang akan di buatnya. Macam manalah andai dia mencium pipi Hana baru
lari menyorok laju-laju, tentu saja Hana tidak sedar. Zhafran ketawa nakal.
“nanti awak ikut saya
makan tengah hari” Zhafran mengeluarkan arahan seakan berbaur paksaan.
Seolah-olah dia hanya mahu mendengar kata ‘ya’ dari mulut Hana.
“eh…tak apa saya makan
dengan Shaunie dan Ayu ja” Hana menolak dengan cara baik. Berhadapan 5minit
dengan Zhafran pun dia tidak mahu inikan makan bersama selama 1jam. Ada yang
nanti makan tak kenyang di buatnya.
“awak tak nak jumpa
Rifqi?” Zhafran sengaja menyebut nama Rifqi untuk menarik minat Hana. Walhal
dia langsung tidak terfikir mahu mengajak Rifqi untuk berjumpa. Dia masih ingat
betapa yakin nya Rifqi memberitahunya di pertemuan mereka tempoh hari bahawa
Hana pasti akan muncul jika Rifqi mengajaknya untuk bersua. Makanya dia sengaja
mahu mencuba untuk mengajak Hana makan bersama. Jika Hana bertanya mengapa hanya
mereka berdua pandailah dia menjawabnya nanti.
“ada Rifqi? Dia tak
bagitahu saya pun” poket seluar di seluk. Telefon di keluarkan. Hana memeriksa
jika ada mesej atau panggilan masuk tanpa dia sedari. Tiada. Rifqi tiada
mencarinya samaada melalui sms mahupun panggilan telefon.
“sebab tu lah saya
bagitau awak sekarang. Kan sama ja. Dia ajak dengan saya yang ajak kan akhirnya
kita tetap akan jumpa untuk makan. Tak ada beza”
“tak, tak sama.
Tengoklah nanti” Hana tetap menolak. Kakinya di hayun keluar dari bilik
Zhafran. Berlama di situ hanya buat dia tidak selesa. Zhafran pun satu orang
tak mahu jangan lah paksa-paksa lagi.
“kenapa macam tu pula?”
rasa tidak puas hati makin bertambah. Suaranya sengaja di kuat kan sebaik
menyedari Hana benar-benar menolak pelawaanya dan mahu meninggalkan biliknya. Nyata
cubaan nya gagal.
“biarlah dia tu. Kalau Rifqi
nak jumpa saya dia tahu mana nak cari saya bukan nya main pesan dekat encik
Zhafran.” Hana nekad. Sakit pula hati nya. Dulu bila mereka jumpa, Rifqi
sendiri yang akan memaklumkan nya. Sesibuk mana pun Rifqi tidak pernah
meninggalkan pesan untuk nya melalui orang lain kerana Rifqi tahu Hana bencikan
perkara itu. Bukan apa dahulu Rifqi pernah membatalkan pertemuan mereka di saat
akhir, tapi Hana tidak menerima pesanan Rifqi. Orang yang Rifqi harapkan
terlupa memaklumkan kepada Hana. Maka menunggulah Hana berjam-jam lamanya. Itu
pun berminggu Rifqi meminta maaf. Hana terus berlalu tanpa menoleh lagi pada
Zhafran.
******************************************************
Hana Zhafiera masih
kaku, tetap beku dan lebih kayu dari patung yang ada di kedai pakaian. Siapa
sangka dalam marahnya dia tetap datang menemui Rifqi dan Zhafran di restoran
Bandung. Kali ini dia datang dengan muka yang cemberut. Berkali di tanya apa makanan
dan minuman yang mahu dipesan, Hana tetap menggeleng. Zhafran yang melihat rasa
mahu tarik saja telinga Hana. Degil.
“Hana kan Rif dah banyak
kali ulang pesan dekat Hana. Hana bukan budak lagi, dah nak dewasa pun. Boleh
tak tinggalkan sikap kebudak-budakan Hana tu. Kita datang sini nak makan bukan
nak layan rajuk Hana” wajah kelat Hana lebih kelat dari air tea c special yang
di pesannya. Muncungnya jangan katalah, agaknya kalau sangkut barang pun boleh.
“mana ada” balas Hana
geram. Rifqi bukan mahu memujuknya tapi menegur tingkahnya adalah. Dia hanya
mahu Rifqi kata ‘maaf’ hanya itu dan marahnya akan hilang. Tapi, apa yang
terjadi sebaliknya. Rifqi hanya membebel dan merapuh entah apa-apa sebaik
melihat gayanya.
“Rif dah hidup dengan
Hana untuk 15tahun ni, Rif dah masak dengan perangai Hana. Rif tahu bila Hana
marah dan bila Hana merajuk. Cakap dekat Rif, sekarang ni apa yang buat Hana
tak puas hati dekat Rif.” Pertanyaan Rifqi buat Zhafran tidak keruan. Mampuslah
dia jika Hana menyatakan sebabnya. Pasti pembohongannya akan terbongkar. Dia
lah yang bersungguh mahu mereka makan bersama, bukan Rifqi yang mengajak mereka
seperti yang di katakan nya kepada Hana pagi tadi.
Hana menjeling Rifqi di
sebelahnya. Raut wajah itu lah yang sering menemani tidurnya tiap malam. Abang
kepada seorang adik perempaun, kekasih kepada seorang wanita, guru pelajaran
cinta kepada seorang murid, doktor kepada kelukaan hati dan kaunselor kehidupan buat Hana. Rifqi adalah
segala-galanya untuk Hana.
“Rif pernah tak dengar
pepatah bahawa kita dapat mengenal burung dari bunyi nya dan kita juga dapat
mengenali seseorang dari kata-katanya. Rif tahu, kata-kata Rif tadi buat Hana
sedar akan sesuatu” matanya terus saja merenung tepat kearah mata Rifqi.
Beberapa saat mereka begitu hingga Zhafran yang melihat mula tidak senang
duduk.
“yang Rif sebenarnya
nak kata dekat Hana. Antara kita tiada apa-apa hubungan. Berhenti bergantung
dengan Rif dan jalani hidup Hana sendiri. Betul kan?” Hana ketawa di hujung
kata-katanya. Rifqi masih memandang Hana. Pandangan tajam itu Hana abaikan.
Bangku di tolak. Hana berdiri untuk pergi. Sebenarnya Hana bukan marahkan Rifqi,
tapi dia marahkan dirinya sendiri. kerana masih belum dapat menjadi seorang
yang matang di mata Rifqi.
“duduk….”suara Rifqi
sedikit tinggi menegah Hana dari berlalu. Namun Hana tidak mempedulikan nya.
pergelangan tangan Hana di sambar. Hana berusaha merentapnya, tapi kudrat gadis
itu bukan lah sekuat pemain wanita wwe yang mahir berlawan. Jadi dia hanya
berdiri memaku. “ok….Rif minta maaf. Untuk kesalahan apa pun, Rif minta maaf.
Duduk kita bincang” Rifqi seakan memujuk Hana. Suaranya tidak lagi setegang
tadi. Bahu Hana di tepuknya beberapa kali. Itulah yang sering dilakukannya jika
mahu menenangkan Hana. Hana menurut.
“Rif dah pesan makanan
kesukaan Hana tadi. Hana makan ya. Jangan ikutkan marah sangat. Hana kena tahu
perempuan ni bila umur dah 25 tahun keatas sweet dia mulai berkurang jika tak
pandai jaga. Jadi Rif tak mau tengok Hana dengan muka kartun macam ni. senyum
sikit ok” Rifqi yang bijak bermain kata-kata pandai saja melembutkan hati Hana.
Hana tersenyum.
Zhafran yang sedia
menjadi penonton meneguk air kopi nya. Mujur mereka tidak berperang jika tidak
tentu berbakul-bakul penyesalan di hatinya. Mendamaikan mereka satu hal, jika
mereka berdua tahu salah faham itu berpunca dari nya lagilah sukar untuk dia
menjelaskan apa yang bermain difikiran nya hingga sanggup berbuat demikian.
Zhafran mencuri pandang
wajah Hana. walaupun tidaklah sekelat tadi, namun Hana masih saja membisu.
Kagum juga dia terhadap perhubungan Hana dan Rifqi, membesar bersama sebagai
adik-beradik walaupun tiada pertalian darah. Dia berkalih pula memandang Rifqi.
Kawanya ini pun tidak kurang prihatinnya.
“aku ni Zhaf, macam
mana pun teruk perangai aku. Aku kena sedar aku ada seorang adik perempuan yang
kena jaga. Biarpun dia bukan adik kandung tapi aku sayang dia. Aku takkan buat apa
perkara yang melukakan hatinya, sebab dia banyak sedarkan aku. Kita hidup ni kalau
tak boleh buat baik dekat orang jadi jangan sakitkan hati orang yang sayang
kita. Dia sentiasa adik aku Zhaf sampai bila-bila” ya kata-kata Rifqi itulah
yang buat Zhafran berani menyimpan perasaan terhadap Hana. kerna Zhafran tahu,
hubungan Rifqi dan Hana tidak akan kemana. Melainkan Tuhan mengerakkan hati
mereka berdua untuk saling jatuh cinta.
“Zhaf balik nanti kau
tumpangkan Hana boleh?” Rifqi bersuara sebaik saja mereka selesai menjamu
selera. Hana memandangnya sambil menggeleng kepala tanda tidak bersetuju dengan
permintaan Rifqi.
“boleh, dari naik teksi
baik awak tumpang saya” Zhafran juga turut mengajak Hana. Tanpa permintaan Rifqi
sekalipun dia tetap mahu Hana mengikutnya.
“tak apa, kebetulan
Hana ada nak beli barang dekat Mall sebelah jalan ni. Encik Zhafran balik la
dulu. Nanti saya naik teksi ja” jawapan Hana sudah di jangka oleh mereka
berdua. Rifqi yang baru saja mahu membuka mulut, terus mendapat isyarat dari
Zhafran yang menegahnya. Jika Hana tidak mahu siapa dia mahu memaksa. Cukuplah tadi
dia hampir saja buat dua beradik itu bertegang urat. Rasa sesal itu pun belum
hilang.
“nak beli apa,
kebetulan Rif tak sibuk sangat. Jom Rif teman kan Hana”
“iya ka?. Oh ok….barang
apa ya nak cari mmmmmm” Hana seakan mengumam sendiri. Dia sebenarnya langsung
tidak merancang untuk membeli barang tapi hanya dengan alasan itu dia dapat melepaskan
diri dari pulang bersama Zhafran.
Mereka berjalan
beriringan keluar dari restoran bandung. Zhafran memerhatikan langkah Hana dan
Rifqi yang sedang melintas jalan. Melihat perlakuan Hana yang memaut lengan
Rifqi buat dia tertanya. Adakah Hana menganggap Rifqi abang atau lebih dari
itu. Hana tersenyum manis. Mungkin ada sesuatu yang mencuit hatinya. Zhafran
memasang niat mahu berjumpa Rifqi lain hari. Hatinya inginkan penjelasan, dia
mahu melihat sendiri reaksi Rifqi andai dia menyatakan hasratnya mahu mempunyai
hubungan dengan Hana. Niat harus di pasang dan tekad mesti di capai.
Apa yang boleh kita
dapat dari sebuah perhubungan adalah bergantung dari apa yang kita usahakan
untuk memilikinya.