Karya Cinta

Selasa, 2 Jun 2015

3cinta 1jiwa 7



Hana mengalihkan pandangan nya ke luar kereta. Dia lebih rela melihat pemandang yang ada di sepanjang jalan daripada memandang wajah Adam. Bukan mahu bersikap sombong dengan tuan kereta, tapi Hana rasa segan. Pagi tadi dia telah terlewat bangun, akibatnya dia telah tertinggal bas. Penat berjalan laju-laju masih belum hilang, dia di kejutkan lagi dengan bunyi hon dari sebuah kereta yang kebetulan berada di perhentian bas.

Mulanya dia membiarkan saja pemandu kereta Honda camry itu membunyikan hon berulang kali. Kerana dia tahu agak mustahil mereka saling mengenali. Hana belum pernah ada kawan yang memiliki kereta seperti itu. Bila tingkap kereta diturunkan dan wajah Adam tersembul di balik cermin tingkap buat Hana jadi tercengang.

“kenapa diam, kaki awak macam mana?” Adam memulakan perbualan setelah hampir 15minit suasana sunyi sepi antara mereka.

“tak ada apa nak cerita. Oh…. kaki saya dah baik. Terima kasih la sebab bantu saya hari tu” mulut harus ringan melayan penyelamat keadaan itu. Dia tidak berfikir panjang untuk menerima pelawaan Adam untuk menghantarnya ke tempat kerja. Lagi pula jika dia menolak dia sendiri yang rugi. Waktu-waktu begini memang susah untuk mendapatkan bas.

“baguslah. Saya ada datang cari awak di klinik hari tu. Tapi awak tak ada. Awak tak pergi klinik ka?” Adam bertanya lagi. Saja memancing minat Hana untuk terus berbual dengan nya. Entah apa la sangat yang menarik minat gadis itu dari tadi asyik memandang ke luar. Kan bagus jika muka tampan nya itu yang di tatap. Dia ketawa sembunyi.

“ada, saya ada pergi tapi esoknya heheheheh. Eh nanti bila awak jumpa kedai starbucks awak belok kanan lepas tu awak nampak trafik light bangunan sebelah tu tempat kerja saya”

 “bila masa saya kata nak hantar awak?”

“ha…..” Hana berpaling memandang wajah Adam. Biar betul jejaka itu tidak mahu menghantarnya. Jadi dimana lah dia bakal di turunkan sebentar nanti.

Ketawa yang meletus dari mulut Adam buat Hana bertambah hairan. Kenapa dengan jejaka di sebelahnya ni. Adakah, dia telah tersalah menumpang kenderaan. Matilah dia jika Adam mempunyai masalah mental. Tapi dia terfikir juga, tak kan la orang sakit mental boleh bawa kereta Honda camry. Mustahil kan.

“awak ni kalau saya tak cakap macam tu alamat kempunan la saya nak tengok awak pandang muka saya. Lagi satu muka awak bila terkejut serius comel. Jangan selalu buat muka hello kitty macam tu tau. Comel sangat.”  Adam menggelengan perlahan dengan ketawa yang masih bersisa. Comelnya muka Iera kalau terkejut.

 “awak buat saya terkejut. Tapi kalau betul awak nak turunkan saya di tepi jalan ja. Jagalah…”

“awak nak buat apa? Rasa takut pula nak tahu” Adam pura-pura bersuara gugup takut dengan amaran Hana.

“saya menjeritlah. Baik awak tak payah tumpangkan saya dari awal. Awak tahu tempat ni mana ada perhentian bas jadi macam mana saya nak cari kenderaan ke tempat kerja.” Kiri kanan jalan yang mereka lalui saat ini adalah kawasan hutan hijau dalam bandar. Walaupun bukanlah hutan besar namun sebagai seorang gadis yang sejak azalinya ada banyak karenah Hana tidak mahu berjalan kaki.

“awak ni Iera ingat saya kejam sangat ka. Ok lah kalau macam tu teman saya sarapan dulu boleh?” permintaan Adam itu buat Hana memandangnya buat kali kedua.

“alah tak boleh la. Saya dah lambat ni” Adam pandang jam di pergelangan tangan. Jarum jam jelas menunjukkan angka 8.45. Dia mengeluh. Terlepas peluang sarapan bersama.

“tapi saya dah skip sarapan pagi. Takut pula kena gastrik nanti.” Adam sengaja menipu. Padahal habis satu pinggan nasi goreng di makan nya pagi tadi. Saja mahu berlama-lama dengan gadis pujaan nya.

“oh….mmmmm lain kali saya temankan ya. Hari ni tak boleh sangat-sangat, saya dah lambat” Hana seakan merayu. Adam memandang Hana. cuba menafsir riak wajah Hana. Riak yang tenang tapi ada kerisauan. Jadi memang sesuailah di samakan dengan hello kitty.

“ok…..janji tau lain kali awak teman saya sarapan. Tak pun awak belanja saya la.”

“adakah macam tu?” Hana terpinga-pinga hairan.

“sebab awak dah lepaskan peluang saya belanja hari ni. Bermakna lain kali awak kena la belanja saya. Tak boleh ka?”

“boleh…boleh ok. Lain kali saya belanja. Tapi bukan hari ni ya.” Adam mengangguk. Jari kelingking nya di hulurkan kepada Hana.

“buat apa ni?” soal Hana pelik. Mata nya cuba mengenalpasti apa yang ada pada jari jejaka itu hinggakan mahu di suakan kepadanya.

“janji….” Adam nekad, dia harus berbuat apa saja agar dapat bertemu lagi dengan gadis yang telah memenuhi ruang hati nya itu.  Kali ini Hana betul-betul tergelak. Oh may….Adam sangat lucu. Masih mahu berkait jari kelingking sebagai tanda janji. Dia sendiri sudah lupa bila kali terakhir berbuat demikin. Inikan hanya gaya budak-budak.

Mahu terbeliak mata Ayu sebaik saja melihat Hana melangkah keluar dari kereta. Lengan Shaunie segera di sikunya. Mulutnya di juihkan kearah Hana yang masih lagi berbual dari luar tingkat kereta. Mereka cuba menjenguk melihat siapa gerangan orang yang menghantar Hana. Mereka tahu itu bukan kereta Rifqi. Bermakna Hana ada teman lelaki yang lain. Menarik. Ada lagi lah gosip mereka hari ini.

Zhafran yang kebetulan lalu di hadapan Ayu dan Shaunie ikut sama memandang kearah Hana yang berjalan dengan senyum terukir di bibir. Hai la hati bila terlihat saja insan yang di suka laju saja debaran nya terasa.
Hana menundukkan sedikit kepala nya sebagai isyarat menyapa Zhafran. Faham dengan memek muka Shaunie yang mahu beredar Hana juga ikut serta. Tak hinggin dia berbual di hadapan Zhafran. Terasa kekok jadinya.

“siapa tadi tu?” Shaunie mamulakan penyiasatan nya. bukan satu kebiasaan Hana datang kerja dengan kereta. Selalunya bas lah yang menjadi pengangkutan utama Hana.

“kawan.” Hana balas bersahaja sambil senyum meleret. Saja mahu buat Shaunie tertanya-tanya.

“aku tahu lah kawan, tapi aku nak juga tahu siapa dia?” Shaunie dapat mengagak tentu pemandu kereta Toyota camry itu adalah seorang lelaki. Kerana dia tahu sangat siapa yang sekali sekala menumpangkan Hana ke tempat kerja dan apa jenis kereta mereka.

“kawan biasa ja. Saya selalu jumpa time tunggu bas. Kebetulah hari ni lambat jadi dia tumpangkan lah”

“takkan kenal dekat bus stop ja terus kau boleh buat kawan. Tak percaya aku” Shaunie tahu pasti ada cerita lain nya. Hana mana layan orang lain. Kawan yang dia adapun boleh dikira dengan jari.

“tak nak percaya sudah. Saya tak paksa pun. Kenapa awak berminat ka Show?”

“bukan la…aku saja nak tahu. Terfikir juga mana tahu kau nak tunjuk boyfriend baru”

“issss awak ni. Saya still setia dekat Rifqi tau. Buat masa ni tu ja yang boleh awak gelar boyfriend kepada Hana Zhafiera. Kalau ada yang lain itu hanya gosip semata-mata jangan percaya hahahaha” Hana tersenyum malu. Shaunie yang melihat pun naik bosan. Asyik Rifqi sakit telinganya mendengar.

“setia la sangat. Yang Rifqi tu setia ka dekat kau?”

“itu saya tak tau. Yang saya tahu, Walau banyak mana pun teman wanita dia tu semua hanya untuk suka-suka.”

“mana kau tahu?” Ha ni juga soalan yang Shaunie sudah lama kan mahu jawapan.

“tahu la. Lelaki ni dia sebenarnya dalam banyak perempuan yang keliling pinggang dan kejar-kejar dia, dia setakat layan ja. Tapi, dalam hati dia ada satu. Hanya satu nama, iaitu perempuan yang sentiasa memahami dan setia kepadanya”

“kau yakin?”

“mestilah. Eh yang awak ketagih sangat soal saya ni kenapa?” geram pula bila Shaunie menyoalnya seperti lagak seorang ayah yang bertanya anak gadisnya saat mahu memperkenalkan teman lelaki kepada keluarga.

“saja. Nak tengok juga masih ka jawapan kau tu hanya ada nama Rifqi. Mana tahu dah bertukar. Aku tengok pemilik kereta tadi pun boleh tahan tampan”

“boleh la tampan jugak. Kita ni jangan memilih kawan, biar tak ada rupa janji baik hati dan menyenangkan”

“jadi betul lah apa yang aku agak tadi. Kawan kau tu lelaki. Jadi bagi kau siapa lagi tampan  encik Zhafran ka jejaka tadi tu?”

“isss….adakah tanya soalan macam tu?” Hana menjegilkan matanya kepada Shaunie. Apa jenis soalan da.

“ehem…ehm..” Zhafran terpaksa berdehem sebaik mendengar soalan perbandingan antara dirinya dengan entah lelaki dari mana. Sakit pula hati nya dengan Shaunie. Mujur Hana belum menyatakan pilihan nya, jika Hana kata lelaki itu lebih tampan dan macho dari nya pasti saja di pekik nya dua sahabat baik itu. Nyata benar telahan nya mereka berdua pasti sedang mengumpatnya sebaik melihat reaksi mereka yang menjauh darinya tadi. Kerja yang tidak sia-sia kerana terpaksa mengendap untuk mendengar cerita mereka.

“tak ada kerja ka? Asyik bersembang ja macam mana kerja nak siap. Mulut tu kalau tak berbunyi satu hari tak sah. Bukan boleh jadi bisu pun kalau tak bercakap” marah nya. Wajah Hana dan Shaunie silih ganti di pandang. Kedua nya pura-pura sibuk membuat kerja.

Zhafran mendekati meja Hana. Skrin kompiuter Hana di pandangnya. Gelap. Bermakna Hana belum pun memulakan kerja. Jadi Hana saja buat-buat sibuk sebaik melihat kelibatnya. Tapi tadi matanya dapat menangkap jari-jari Hana bermain di keyboard kompiuter. Auta la tu.

“ha Hana apa yang awak buat tu. Awak ingat dengan renung kalkulator hello kitty awak tu dia dapat tolong awak buat semua kerja?” Hana yang mendengar terlepas ketawa. Terasa lucu. Apa jenis pertanyaan ni.

“kenapa awak ketawa, awak ingat saya buat lawak ka?” gertak Zhafran. Boleh pula Hana ketawa sedangakan dia sudah buat muka dan suara yang sehabis garang. Entah apa yang lucu dia pun tidak tahu. Agaknya Hana sengaja mahu melihat muka tegang nya. Niat jahatnya datang, baik la…. dia akan memberikan Hana ceramah terbaik pagi ini. Biar Hana penat mendengar baru padan muka.

Hana melepaskan tawanya setelah kelibat Zhafran berlalu. Hampir 20minit dia mendapat ceramah pagi percuma dari Zhafran. Geli hatinya masih ada. Kalkulator hello kitty yang ada di atas mejanya di pandang. Hari ini 2 orang jejaka telah menyebut benda yang sama kepadanya. Hello kitty. Adakah kerana setiap hari memandang hello kitty itu, maka mukanya telah terkena tempias, dia juga tidak tahu. Tapi sejarah tu, kerana asyik pandang hello kitty muka dengan tiba-tiba berubah. Wow….jika benar entah apa reaksi yang dia harus berikan. Gembira. Suka. Bahagia.

Hana pandang pula skrin kompiuter yang masih gelap. Kedua tapak tangannya di letakkan ke muka. Membayangkan mukanya berubah menjadi hello kitty. Kata-kata Adam terulang di minda nya “Jangan selalu buat muka hello kitty macam tu tau. Comel sangat.” Hana tersenyum lagi. Inilah gayanya bila kurang bergaul dengan kaum lelaki. Sebaik saja mendapat pujian, hati tentu-tentu saja kembang semangkuk jadi nya.

Kerana cinta tumbuh di dalam hatimu, maka kecantikan ikut tumbuh. Cinta adalah keindahan jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan