Karya Cinta

Selasa, 2 Jun 2015

3cinta 1jiwa 8



Hana khusyuk memasukkan data ke dalam komputer. Ada lebih 40 keping invoice yang harus di key in ke dalam sistem sky walker yang di gunapakai oleh syarikatnya untuk hari ini. Dia bukan jenis yang suka bertangguh kerja. Jawatan sebagai kerani inventory clerk dia sendiri maklum setiap hari pasti ada saja barang yang akan di hantar.

Setelah selesai, Hana mengasingkan invoice mengikut department untuk di agihkan kepada executive untuk di semak dan ditandatangan. Hana memandang invoice yang perlu di hantar kepada Zhafran. Perlahan keluhan di lepaskan. Beberapa hari lalu Zhafran ada menegurnya kerana tidak memaklumkan terdapat gross yang negetif pada harga barang. Sebenarnya Hana tidak perasankan benda itu kerana terlalu memikirkan perkara lain hinggakan dia terlupa membuat semakan sebelum menghantar kepada Zhafran. Sakit jugalah hati nya di sindir Zhafran. Konon nya akibat asyik bercinta dia jadi lalai dan leka pada kerja. Entah dari mana la Zhafran dapat idea mengatakan dia sedang bercinta. Hana tidak tahu.

“kenapa tercegat dekat situ?” suara garau milik Zhafran yang menegurnya dari belakang buat Hana jadi panik seakan dia telah melakukan suatu kesalahan yang salah di sisi undang-undang.

“awak nak bagi saya invoice tu atau awak nak mohon kerja jadi jaga dekat depan pintu bilik saya?” Zhafran tahu, tentu Hana malas berjumpa dengan nya tapi atas urusan kerja gadis itu terpaksa juga datang mencemar duli. Invoice di tangan Hana di tarik kasar. Hana masih lagi berdiri tanpa sebarang reaksi.

Zhafran merenung muka Hana. Jari telunjuknya menunjal-nunjal bahu gadis itu. “haaa…ada apa encik Zhafran?” Hana bertanya seakan terkejut. Zhafran rasa mahu ketuk-ketuk saja kepala Hana saat ini. Takkan dari tadi Hana mengelamun pula. Kalau dia tahu tadi pasti benda lain yang akan di buatnya. Macam manalah andai dia mencium pipi Hana baru lari menyorok laju-laju, tentu saja Hana tidak sedar. Zhafran ketawa nakal.

“nanti awak ikut saya makan tengah hari” Zhafran mengeluarkan arahan seakan berbaur paksaan. Seolah-olah dia hanya mahu mendengar kata ‘ya’ dari mulut Hana.

“eh…tak apa saya makan dengan Shaunie dan Ayu ja” Hana menolak dengan cara baik. Berhadapan 5minit dengan Zhafran pun dia tidak mahu inikan makan bersama selama 1jam. Ada yang nanti makan tak kenyang di buatnya.

“awak tak nak jumpa Rifqi?” Zhafran sengaja menyebut nama Rifqi untuk menarik minat Hana. Walhal dia langsung tidak terfikir mahu mengajak Rifqi untuk berjumpa. Dia masih ingat betapa yakin nya Rifqi memberitahunya di pertemuan mereka tempoh hari bahawa Hana pasti akan muncul jika Rifqi mengajaknya untuk bersua. Makanya dia sengaja mahu mencuba untuk mengajak Hana makan bersama. Jika Hana bertanya mengapa hanya mereka berdua pandailah dia menjawabnya nanti.

“ada Rifqi? Dia tak bagitahu saya pun” poket seluar di seluk. Telefon di keluarkan. Hana memeriksa jika ada mesej atau panggilan masuk tanpa dia sedari. Tiada. Rifqi tiada mencarinya samaada melalui sms mahupun panggilan telefon.

“sebab tu lah saya bagitau awak sekarang. Kan sama ja. Dia ajak dengan saya yang ajak kan akhirnya kita tetap akan jumpa untuk makan. Tak ada beza”

“tak, tak sama. Tengoklah nanti” Hana tetap menolak. Kakinya di hayun keluar dari bilik Zhafran. Berlama di situ hanya buat dia tidak selesa. Zhafran pun satu orang tak mahu jangan lah paksa-paksa lagi.

“kenapa macam tu pula?” rasa tidak puas hati makin bertambah. Suaranya sengaja di kuat kan sebaik menyedari Hana benar-benar menolak pelawaanya dan mahu meninggalkan biliknya. Nyata cubaan nya gagal.

“biarlah dia tu. Kalau Rifqi nak jumpa saya dia tahu mana nak cari saya bukan nya main pesan dekat encik Zhafran.” Hana nekad. Sakit pula hati nya. Dulu bila mereka jumpa, Rifqi sendiri yang akan memaklumkan nya. Sesibuk mana pun Rifqi tidak pernah meninggalkan pesan untuk nya melalui orang lain kerana Rifqi tahu Hana bencikan perkara itu. Bukan apa dahulu Rifqi pernah membatalkan pertemuan mereka di saat akhir, tapi Hana tidak menerima pesanan Rifqi. Orang yang Rifqi harapkan terlupa memaklumkan kepada Hana. Maka menunggulah Hana berjam-jam lamanya. Itu pun berminggu Rifqi meminta maaf. Hana terus berlalu tanpa menoleh lagi pada Zhafran.


******************************************************
 
Hana Zhafiera

Hana Zhafiera masih kaku, tetap beku dan lebih kayu dari patung yang ada di kedai pakaian. Siapa sangka dalam marahnya dia tetap datang menemui Rifqi dan Zhafran di restoran Bandung. Kali ini dia datang dengan muka yang cemberut. Berkali di tanya apa makanan dan minuman yang mahu dipesan, Hana tetap menggeleng. Zhafran yang melihat rasa mahu tarik saja telinga Hana. Degil.

“Hana kan Rif dah banyak kali ulang pesan dekat Hana. Hana bukan budak lagi, dah nak dewasa pun. Boleh tak tinggalkan sikap kebudak-budakan Hana tu. Kita datang sini nak makan bukan nak layan rajuk Hana” wajah kelat Hana lebih kelat dari air tea c special yang di pesannya. Muncungnya jangan katalah, agaknya kalau sangkut barang pun boleh.

“mana ada” balas Hana geram. Rifqi bukan mahu memujuknya tapi menegur tingkahnya adalah. Dia hanya mahu Rifqi kata ‘maaf’ hanya itu dan marahnya akan hilang. Tapi, apa yang terjadi sebaliknya. Rifqi hanya membebel dan merapuh entah apa-apa sebaik melihat gayanya.

“Rif dah hidup dengan Hana untuk 15tahun ni, Rif dah masak dengan perangai Hana. Rif tahu bila Hana marah dan bila Hana merajuk. Cakap dekat Rif, sekarang ni apa yang buat Hana tak puas hati dekat Rif.” Pertanyaan Rifqi buat Zhafran tidak keruan. Mampuslah dia jika Hana menyatakan sebabnya. Pasti pembohongannya akan terbongkar. Dia lah yang bersungguh mahu mereka makan bersama, bukan Rifqi yang mengajak mereka seperti yang di katakan nya kepada Hana pagi tadi.

Hana menjeling Rifqi di sebelahnya. Raut wajah itu lah yang sering menemani tidurnya tiap malam. Abang kepada seorang adik perempaun, kekasih kepada seorang wanita, guru pelajaran cinta kepada seorang murid, doktor kepada kelukaan hati dan kaunselor kehidupan buat Hana. Rifqi adalah segala-galanya untuk Hana.

“Rif pernah tak dengar pepatah bahawa kita dapat mengenal burung dari bunyi nya dan kita juga dapat mengenali seseorang dari kata-katanya. Rif tahu, kata-kata Rif tadi buat Hana sedar akan sesuatu” matanya terus saja merenung tepat kearah mata Rifqi. Beberapa saat mereka begitu hingga Zhafran yang melihat mula tidak senang duduk.

“yang Rif sebenarnya nak kata dekat Hana. Antara kita tiada apa-apa hubungan. Berhenti bergantung dengan Rif dan jalani hidup Hana sendiri. Betul kan?” Hana ketawa di hujung kata-katanya. Rifqi masih memandang Hana. Pandangan tajam itu Hana abaikan. Bangku di tolak. Hana berdiri untuk pergi. Sebenarnya Hana bukan marahkan Rifqi, tapi dia marahkan dirinya sendiri. kerana masih belum dapat menjadi seorang yang matang di mata Rifqi.

“duduk….”suara Rifqi sedikit tinggi menegah Hana dari berlalu. Namun Hana tidak mempedulikan nya. pergelangan tangan Hana di sambar. Hana berusaha merentapnya, tapi kudrat gadis itu bukan lah sekuat pemain wanita wwe yang mahir berlawan. Jadi dia hanya berdiri memaku. “ok….Rif minta maaf. Untuk kesalahan apa pun, Rif minta maaf. Duduk kita bincang” Rifqi seakan memujuk Hana. Suaranya tidak lagi setegang tadi. Bahu Hana di tepuknya beberapa kali. Itulah yang sering dilakukannya jika mahu menenangkan Hana. Hana menurut.

“Rif dah pesan makanan kesukaan Hana tadi. Hana makan ya. Jangan ikutkan marah sangat. Hana kena tahu perempuan ni bila umur dah 25 tahun keatas sweet dia mulai berkurang jika tak pandai jaga. Jadi Rif tak mau tengok Hana dengan muka kartun macam ni. senyum sikit ok” Rifqi yang bijak bermain kata-kata pandai saja melembutkan hati Hana. Hana tersenyum.

Zhafran yang sedia menjadi penonton meneguk air kopi nya. Mujur mereka tidak berperang jika tidak tentu berbakul-bakul penyesalan di hatinya. Mendamaikan mereka satu hal, jika mereka berdua tahu salah faham itu berpunca dari nya lagilah sukar untuk dia menjelaskan apa yang bermain difikiran nya hingga sanggup berbuat demikian.

Zhafran mencuri pandang wajah Hana. walaupun tidaklah sekelat tadi, namun Hana masih saja membisu. Kagum juga dia terhadap perhubungan Hana dan Rifqi, membesar bersama sebagai adik-beradik walaupun tiada pertalian darah. Dia berkalih pula memandang Rifqi. Kawanya ini pun tidak kurang prihatinnya.

“aku ni Zhaf, macam mana pun teruk perangai aku. Aku kena sedar aku ada seorang adik perempuan yang kena jaga. Biarpun dia bukan adik kandung  tapi aku sayang dia. Aku takkan buat apa perkara yang melukakan hatinya, sebab dia banyak sedarkan aku. Kita hidup ni kalau tak boleh buat baik dekat orang jadi jangan sakitkan hati orang yang sayang kita. Dia sentiasa adik aku Zhaf sampai bila-bila” ya kata-kata Rifqi itulah yang buat Zhafran berani menyimpan perasaan terhadap Hana. kerna Zhafran tahu, hubungan Rifqi dan Hana tidak akan kemana. Melainkan Tuhan mengerakkan hati mereka berdua untuk saling jatuh cinta.

“Zhaf balik nanti kau tumpangkan Hana boleh?” Rifqi bersuara sebaik saja mereka selesai menjamu selera. Hana memandangnya sambil menggeleng kepala tanda tidak bersetuju dengan permintaan Rifqi.

“boleh, dari naik teksi baik awak tumpang saya” Zhafran juga turut mengajak Hana. Tanpa permintaan Rifqi sekalipun dia tetap mahu Hana mengikutnya.

“tak apa, kebetulan Hana ada nak beli barang dekat Mall sebelah jalan ni. Encik Zhafran balik la dulu. Nanti saya naik teksi ja” jawapan Hana sudah di jangka oleh mereka berdua. Rifqi yang baru saja mahu membuka mulut, terus mendapat isyarat dari Zhafran yang menegahnya. Jika Hana tidak mahu siapa dia mahu memaksa. Cukuplah tadi dia hampir saja buat dua beradik itu bertegang urat. Rasa sesal itu pun belum hilang.

“nak beli apa, kebetulan Rif tak sibuk sangat. Jom Rif teman kan Hana”

“iya ka?. Oh ok….barang apa ya nak cari mmmmmm” Hana seakan mengumam sendiri. Dia sebenarnya langsung tidak merancang untuk membeli barang tapi hanya dengan alasan itu dia dapat melepaskan diri dari pulang bersama Zhafran.

Mereka berjalan beriringan keluar dari restoran bandung. Zhafran memerhatikan langkah Hana dan Rifqi yang sedang melintas jalan. Melihat perlakuan Hana yang memaut lengan Rifqi buat dia tertanya. Adakah Hana menganggap Rifqi abang atau lebih dari itu. Hana tersenyum manis. Mungkin ada sesuatu yang mencuit hatinya. Zhafran memasang niat mahu berjumpa Rifqi lain hari. Hatinya inginkan penjelasan, dia mahu melihat sendiri reaksi Rifqi andai dia menyatakan hasratnya mahu mempunyai hubungan dengan Hana. Niat harus di pasang dan tekad mesti di capai.

Apa yang boleh kita dapat dari sebuah perhubungan adalah bergantung dari apa yang kita usahakan untuk memilikinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan