Karya Cinta

Rabu, 25 Februari 2015

3 cinta 1 jiwa 1

Hana Zhafiera
Hana mengelipkan matanya berulang kali. Dia cuba untuk melawan rasa mengantuk yang masih ada. Ikutkan hati mahu saja dia menyambung tidurnya yang terganggu oleh bunyi bising dari bilik Amyliah teman serumahnya. Amyliah boleh ditahu kehadirannya dalam rumah mereka hanya dengan mendengar suara lantangnya yang suka meninggikan suara. Tapi Amyliah sebenarnya gadis yang baik, cuma entah perangai pelik siapa yang diikutnya Hana sendiri pun kurang pasti.

kakinya melangkah laju ke bilik mandi. Lebih baik dia bangun mandi dan masak apa yang patut untuk dijadikan sarapan. Tidaklah perutnya berkeroncong ditempat kerja nanti.

"Waaaa.....sedap bau. Kau masak apa Hana?" Sapa Amyliah sambil terintai-intai Hana yang sedang memasak.

"Nasi goreng kampung ja. Kenapa, kau lapar ka?" Hana cuba mengusik Amyliah. Iyalah bangun awal melalak menyanyi lagu entah apa-apa kan lebih baik buat benda yang berfaedah. Macam yang dia buat sekarang ni tak la kebulur di awal pagi.

"Sedap bau ni. Aku suka bila kau masak sedap tau Hana" Amyliah mulai membodek Hana

"Iyalah tu. Sudah makan cepat kejap lagi nak pergi kerja ni"Amyliah bukan boleh dilayan sangat karenahnya.

Hana memilih baju peplum denim dipadankan dengan tudung hodie berwarna biru lembut dan seluar hitam. Bag tangan disangkut ke bahu, kasut tumit 3inci disarung ke kaki. Selepas menarik nafas beberapa kali kakinya mulai diatur ke stesen bas untuk ke tempat kerja.

Hana bermain dengan hujung jarinya sendiri. Hampir 10minit menunggu namun jangankan bas, teksi pun belum ada yang lalu dihadapannya. Dia menyanyi perlahan untuk menghilangkan bosan yang ada

"Hai....seorang ja?" Hana menoleh sebaik saja terdengar ada yang menegurnya. Hana senyum dan mengganguk perlahan. Tak dilayan susah dilayan pun susah.

"Lawa..." kata jejaka itu lagi sebaik melihat gadis dihadapannya tersenyum.

"Apa yang lawa, bus stop ini ka? Hana mulai bersuara sinis. Lelaki memang suka mulut manis.

"Aik.....kasar nampak?" sekali lagi jejaka disebelahnya mengusik.

"Saya tak tahu pula bangku ni kasar. Tapi mungkinlah, maklum dibuat dari konkrit" sambung Hana lagi tidak mahu kalah.

"Hahahaha pandai awak melawak, tunggu bas ka ni?" kali ini Hana hampir tergelak. Baru saja jejaka itu mengiktirafnya sebagai pelawak, sekarang dia pula yang melawak.

"Saya tunggu kapal selam dekat sini. Untung boleh menyelam pagi-pagi ni. Sejuk sikit." ada nada marah pada kata-katanya.

"La marah pula? Sorry ya....saya Adam. Awak?" dia bertaya kembali. Cuba nasip.

"Bas saya dah datang" Hana terus berlalu. Meninggalkan Adam yang masih termanggu menunggu jawapannya.

"Panjangnya nama....hahahaha jumpa lagi" jerit Adam sebaik saja bas berlalu. Sebenarnya sudah sebulan dia memerhatikan gadis yang sama. Terdetik untuk mengenali sang empunya badan dia pun memberanikan diri pagi ini. Tapi mungkin belum ada rezeki. Tak apalah esok masih ada bisiknya dalam hati.


**********

"Hana, awal hari ni?"Shaunie menegur rakan sekerjanya. Apa orang kata sekadar berbasah basi untuk memulakan cerita. Hana tu di ikutkan mana pernah datang lambat

"Kau ni Show, aku datang macam biasalah" balas Hana dengan memanggil nama ringkas Shaunie.

"Hana.......kau ada dengar tak pasal bakal executive baru kita tu? Aku dapat tahu dia tu skema sikit" Show mula membuka cerita.

"Aku tak dengar lagi. Tapi jam9 nanti kita tahu la macam mana orangnya. Kan encik Faizal nak kenalkan dia pada kita semua" Hana cuba mengingatkan Shaunie tentang janji bos mereka.

"Aku tak kisahlah dia tak tampan sangat tapi aku harap dia tak la garang macam encik Junior dulu. Asyik nak marah ja. Kita kerja pun tekanan tau" Hana hanya mengangguk perlahan. Ada benarnya kata Shaunie. Encik Junior dulu sungguh tegas dan sangat komited dalam kerja. Cubalah siapa berani buat hal alamat pasti akan mendapat surat amaran darinya.

"Eh, cepatlah jam9 da ni. Tak sabar nak jumpa executive baru tu" sambung Show sambil ketawa mengedik. Hana tersenyum menggeleng.


2 ulasan: