![]() |
Zhafran |
Bekerja sebagai inventory control clerk bukan mudah. Dia harus memastikan barang yang sampai seperti yang diminta. Kuantiti dan kualiti barang juga haruslah 100% terbaik untuk dijual kepada pelanggan. Dia juga harus memasukkan data-data barang ke dalam sistem yang digunapakai syarikatnya.
"Ha.......inilah cik Hana Zhafiera yang saya cakapkan tadi"Hana menoleh ke arah encik Faizal. Dia langsung tidak menyedari kedatangan bos nya itu. Sibuk ok, bukan buat-buat sibuk.
Hana bangun dari duduknya untuk memperkenalkan diri kepada executive baru yang hanya memandangnya tanpa riak di wajah.
"Saya
Hana Zhafiera, selamat bertugas dan semoga kita dapat bekerjasama
dengan baik"ucap Hana. Kata-katanya memang boleh dikira satu pengharapan
kerana kerjanya berkait juga dengan executive baru itu nanti.
"Zhafran haqq"jawapnya pendek. Hana hanya mengariskan senyuman ringkas sebelum mereka berlalu. Kalau dia tidak mahu bertegur sapa. Hana lagilah tidak sudi.
Shaunie datang menghampiri Hana dengan muka cemberutnya. Mulut Shaunie yang muncung hampir sama muncung dengan mulut itik neneknya dikampung.
"Ada apa lagi ni?" Tanya Hana. Mana mungkin Shaunie hanya mahu membuat cat walk dihadapannya. Dia bukannya juri pencarian bakat untuk menjadi model pun.
"Tadi aku terserempak dengan abang haqq bukan main sombong lagi. Senyum pun tidak"jelasnya kepada Hana. Kening Hana hampir bertemu akibat kehairanan.
"Abang Haqq? Abang siapa?"Hana bertanya hairan. sejak bila pula Shaunie ada abang yang satu kerja dengan mereka.
"La encik Zhafran Haqq.... hehe saja panggil abang Haqq sedap dengar"
"Amboi kenal tak lama dah jadi abang. Ni nanti kalau dia jadi singa lapar marahkan kau baru melayang abang Haqq kau"ucap Hana sambil membulatkan matanya kepada Shaunie.
"Sudah....tak payah buat iklan ubat gigi depan aku. Aku sibuk ni. Nanti masa makan baru kita jumpa sekarang kau pi balik tempat kau buat kerja. Jangan asyik nak menggangu aku ja"bebel Hana. Rakannya itu kalau tidak dihalau alamat bertungku bertanggalah ditempatnya. Shaunie hanya mempamerkan muka kerang sebelum berlalu.
***************************************
Hana
berfikir sejenak sebelum membuat keputusan hendak membuat pesanan apa
yang mahu dimakannya. Shaunie yang sabar menunggu mulai melilaukan
matanya mencari pemandangan yang boleh menyegarkan mata sambil
menanti pesanannya dihantar. Untung ada jejaka yang macho boleh juga dia
mencuci mata. Shaunie memang tergediks sikit tapi dia ni taklah teruk
sangat ok, kalau nak disamakan dengan artis Noor Khairiah tu boleh juga. Hampir sama saja perangai mereka.
"takkan
kau tak tahu nak makan apa Hana?"getus Shaunie geram. Hampir 10 minit
Hana berfikir tapi satu order pun belum. Bukan dia tidak tahu, menu makan
di restoran Sempelang tu mana pernah berubah. makanan itu jugalah yang mereka makan dari dulu.
"aku
tak tahu nak makan apa. kau tolong pilihkan Show" sebenarnya Hana ni
tak la lapar sangat tapi dia ada agenda sendiri mengapa dia harus datang
ke restoran Sempelang.
"ok kalau macam tu kau makan nasi goreng usa la. Sedap sikit. Kalau kau tak habis bagi aku, biar aku tolong"
"amboi.....aku makan pun belum lagi kau da offer nak tolong yer..." mereka ketawa serentak.
"hai
makan tak ajak pun. Hana takkan kau lupa pula kan kau janji nak belanja
aku?"tawa mereka terhenti sebaik terdengan suara menyapa. Hana menoleh
ke arah empunya suara yang memang telah di tunggunya dari tadi.
"la mana Hana tahu Rifqi ada hari ni" Hana cuba menyembunyikan debaran yang ada.
Tenang
Hana tenang..... bisiknya dalam hati. Rifqi ni kawan Hana dari budak
lagi, mereka membesar bersama. Melalui zaman kanak-kanak, remaja dan
zaman yang hampir nak dewasa ni. Dewasa lah sangat walhal usia mereka
baru 25 tahun. Shaunie hanya jadi penonton. Kenapa? sebab Shaunie ni tak
berkenan sangat Hana berkawan baik dengan buaya segala darat macam
Rifqi. Entah apa yang dipandang pada Rifqi dia pun tidak tahu. Lain
orang lain citarasanya.
"kalau
macam tu aku join kauorang ja ok?" Rifqi melabuhkan punggungnya
bersebelahan dengan Hana. Shaunie yang melihat mulai berasa jelik. Nak
buat macam mana sabar sajalah.
Mereka
berbual hal kerja, hal seharian dan tak lupa hal-hal girlfrend Rifqi
yang selalu bertukar tu. Tapi Hana hanya mempamerkan riak tenang. Kadang
dia tersenyum kadang dia hanya menjulingkan matanya ke atas sebagai
tanda bosan. Itulah Hana dia sanggup menadah telinga mendengar cerita
Rifqi dari meluahkan perasaannya yang sukakan kawan baiknya itu. Dia
sendiri tidak sedar sejak bila perasaan kawan untuk Rifqi telah berubah.
Sedar-sedar hatinya telah terpaut dengan tida-tiba.
"Hana
kau lama lagi ka? Aku nak gerak ni" Shaunie berdiri untuk berlalu. Ada
dia disitu pun bukannya mereka nampak. Macam lah hanya mereka berdua
yang makan semeja. Sakit pula hatinya melihat.
"la
nak gerak sekarang ka?" Hana bertanya seperti orang biul saja
dipendengaran Shaunie. Dia hanya menunjukkan jam yang ada ditangan
sebagai isyarat masa makan telah tamat.
"kita
sambung lain kali ok" pinta Hana kepada Rifqi. Bila makan dengan Rifqi
terasa masa sangat laju bergerak. Cemburu sangat masa ni dengan Hana,
hahaaaaha Hana tergelak sendiri dengan tingkahnya.
Mereka
berlalu membawa haluan masing-masing untuk menyambung kerja yang tergendala kerana mahu mengisi perut yang lapar. Hana yang berjalan seiringan dengan Shaunie masih
membisu. Tahu sangat mesti dia masih berfikir tentang Rifqi. Shaunie
hanya membiarkan, matanya sibuk melihat telefon yang ada ditangan.
Manalah tahu ada cerita terbaru dalam group whatsapp nya.
"Oh
mak kau jatuh terlentang......." Hana tiba-tiba terjerit. Shaunie
berpaling. Apa yang ada depan matanya saat ini adalah.... mmmmm nasip kau lah
Hana bisiknya perlahan.
Dewi dan Ayu membantu Hana bangun. Hana jatuh terlentang di ditempat kerja, aduhai pasti cerita itu nanti akan cepat tersebar dan jadi bahan lawak mereka yang lain untuk mengusik.
"maaf
encik Zhafran... saya tak sengaja" Hana memohon maaf sambil kepalanya
di tundukkan beberapa kali. Sedar itu adalah kesalahannya kerana berjalan tanpa melihat ke hadapan hinggakan terlanggar Zafran, jadi
wajarlah dia memohon maaf.
"lain kali jalan tu tengok depan. Mata dah ada pakailah takkan nak praktis jadi buta pula?" sindir Zhafran Haqq sebelum berlalu.
Mereka berempat hanya berpandangan sesama sendiri. Ganas juga ketua baru ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan