Zhafran Haqq memerhati gerak geri Hana Zhafiera yang leka memeriksa barang yang baru dihantar. Di ikutkan hati mahu saja dia menegur Hana. Tapi entah mengapa bila berhadapan lidahnya jadi kelu, otak pula jadi buntu. Akhirnya dia hanya melemparkan pandangan sinis bila bertemu Hana. Hari pertama dia menjejakkan kaki ke Milinium Superstore hatinya sudah berdebar-debar. Dia sendiri tidak tahu punca apa yang membuatkan dia tidak selesa dari rumah lagi. Terasa dadanya sesak dan sukar bernafas.
Sewaktu encik Faizal menyatakan dia akan berurusan dengan ICC bernama Hana Zhafiera dia mulai teringatkan seseorang. Adakah Hana Zhafiera ini adalah Hana Zhafiera yang pernah ditemuinya dulu. Ahhhhh jika orang yang sama maka doa nya telah termakbul. Dan saat matanya menangkap figura Hana Zhafiera berdiri dihadapannya, saat itu juga jantungnya seakan mahu meloncat keluar. Mengepam dengan laju dan tidak menentu. Jika boleh dilihat tentu mereka tahu yang dia sedang dilanda badai dalam hati. Akhirnya hanya segaris namanya saja yang berjaya keluar dari mulut. Ucapan lain hilang, tiada yang terlintas sedikit pun difikiran untuk dikatakan sebagai tanda perkenalan.
"ada apa-apa yang tak kena ka?" Zhafran menegur Hana yang sedang ralit membuat kerja.
"Semua ok, cuma saja nak periksa lagi. Mana tahu tadi terlepas pandang expired date ni barang" balas Hana. Tangannya masih ligat memeriksa semua tarikh yang ada. Terasa pelik juga bila Zhafran datang menegur. Dengan mood yang baik pula tu.
"dah siap key in? kalau iya nanti saya boleh sign invioce, letak saja atas meja" sambung Zhafran. Masih leka memandang wajah Hana. Mata yang cantik, alis yang terbentuk. Hidung yang mancung dan bibir yang mengoda jiwa lelakinya 3 tahun dulu. Zhafran tersenyum sendiri dengan tingkahnya.
"ok....encik Zhafran. Nanti saya buat yer." Balas Hana acuh tidak acuh saja. Dia sebenarnya malu bila terperasankan Zhafran asyik merenung wajahnya.
"ok sambung lah kerja awak. Pastikan semuanya tidak ada masalah. Lagi satu maklumkan saya bila ada gross barang yang negetif ataupun gross di bawah ten percent" Zhafran berlalu sebaik saja menghabiskan kata-katanya. Berlama dengan Hana nanti terserlah pula kegugupannya. Apa yang ada dalam hati simpan dulu, takkan lari gunung dikejar. Tapi kalau anak dara orang.....aduhai..jangan lah Hana lari pula.
"kenapa dengan abang Haqq kau tu?" Shaunie yang dari tadi hanya jadi pemerhati, datang menghampiri Hana. Menyibuk la tu nak tahu cerita.
"entah....baik semacam dia cakap dengan aku. Hari tu bukan main cakap aku nak praktis jadi buta" jelasnya. Wajah Shaunie di pandang. Dia mahu mencari riak apa yang terpamer di wajah rakan baiknya itu. Riak cemburu mungkin.
"baguslah aku pun tak mahu tengok muka ketat dia hari-hari. Dia senyum dan mesra dengan kita kan lagi elok. Takkan lah nak serius memanjang nanti tak ada awek yang lekat"
"eh...kau kan ada. Siap berabang lagi"
"aku ni setakat suka dia sebagai penghibur hati tu boleh la. Tapi kalau nak di buat teman abang Haqq tu susah sikit. Aku perasan sangat mana ada dia pandang awek tempat kita ni. Senyum pun tidak."
"alah biarlah dia. Janji dia tak marah-marah ok la tu. Saya pun kalau yang macam tu jangankan buat laki buat teman pun aku berfikir seribu kali. Tak mahu la"
"amboi....menolak sangat. Kau jangan jadi jodoh nanti baru padan muka. Yang muka kelat tu la yang kau hadap nanti"
"tak mahu la..... nak yang sweet ja manis macam Rifqi" balas Hana sambil tersenyum malu. Gedik la tu.
"buaya tu juga yang kau nak" bibirnya sengaja di cebikkan tanda tidak suka.
"show.... tak baik tau. Saya kenal dia lama, saya tahu la dia orang yang macam mana" satu cubitan hinggap di lengan Shaunie. berkerut kening Shaunie menahan sakit.
Sebenarnya bukan Shaunie tidak tahu, Zhafran sukakan Hana. Dia tahu la, dia kan rajin mengeliling tempat kerja orang setiap hari. Bukan sekali dua dia ternampak Zhafran memerhatikan Hana. Bukan dia tidak tahu lirikan mata Zhafran yang selalu mencuri-curi pandang muka teman baiknya itu. Dan bukan dia bodoh untuk mentafsir kejadian hari itu adalah disengajakan Zhafran. Cuma motifnya saja dia belum tahu. Lagi pula Hana tu mana layan sangat jika ada lelaki yang mahu berkenalan dengan nya, yang ada dalam kepalanya Rifqi, rifqi dan rifqi. Macam la dalam dunia ni hanya ada Rifqi. Bila dia cuba kenen kan Hana dengan lelaki yang lain ada saja yang tak kena. Badan tak tegap lah nanti nak suruh buat kerja berat tak boleh. Muka macho sangat mesti tak mahu buat kerja luar yang kena panas terik. Pergaulan terlalu terbuka nanti mesti dia ada banyak awek. Dan paling teruk adalah bila Hana kata 'lelaki kaya mana pandang dirinya yang kekampungan dan penampilan tidak mengikuti trend terkini'. Pokok nya Hana sengaja mengelak dari di padankan dengan lelaki lain.
"Hana kau rasa Rifqi tu pandang kau sebagai seorang wanita atau seorang adik perempuan?" Pertanyaan Show mematikan pergerakan Hana. Wajah Show di pandang
"Kenapa tiba-tiba awak tanya soalan tu?"
"Aku terfikir ja. Kamu membesar bersama. Dia sentiasa ada dari kau budak hingusan hinggalah menjadi anak dara yang cantik ni. Kau tak rasa dia hanya menjaga dan melindungi kau sebagai seorang adik?"
"Apa awak cakap ni Show? Kalau awak tak suka dia sekalipun jangan lah sakitkan hati saya. Selama ni tak kan awak tak faham apa yang saya katakan"
"Hana.....maaflah aku bukan nak buat kau sakit hati. Aku terfikir ja. Kau jangan marah aku ya. Aku janji tak akan ulang pertanyaan tu lagi. Aku janji" Shaunie mengangkat tangan nya seperti orang mengangkat sumpah di ikuti dengan kepala yang diangguk kan berkali-kali.
Hana mengalihkan pandangannya ke arah lain. Bimbang Shaunie dapat mengagak air matanya yang mulai bertakung. Sakit hati dengan pertanyaan Shaunie dan rasa sakit jika memang itulah hakikatnya anggapan Rifqi terhadap dirinya. Adik? .

*****************************************
Kaki yang lenguh memaksa Hana berjalan perlahan-lahan lagak siput berjalan. Penat mengukur jalan setiap hari. Pergi dan pulang balik dengan bas membuatkan dia terfikir mahu memiliki sebuah kereta. Tapi dia ni penakut sangat macam mana nak bawa kereta nanti. Lagi-lagi hobinya yang suka menghayal bila dalam kereta sepanjang perjalanan.
"mmmmmmmm penatnya" getus Hana perlahan.
"baru balik?" seseorang menegurnya. Hana berpaling. Wajah itu di renungnya.
"saya Adam. Lupa ka?" Hana menggaru kepala yang tidak gatal. Cuba mengingati dimana perkenalan mereka hinggakan dia tidak mengenali jejaka itu.
"yang hari tu, kita kenal dekat stesen bas. Ingat?" Adam cuba mengingatkan saat dimana mereka ada bertegur sapa. Akhirnya Hana mengangguk. Mereka jalan seiring. Keduanya hanya diam tiada apa yang terkeluar dari mulut masing-masing. Adam memaksa otaknya untuk mencari cerita agar dapat berbual. Peluang bukan selalu ada makanya dia harus bijak mengunakan nya.
"selalu ka jalan kaki?" Adam memulakan bicara. Teringin mahu mendengar suara gadis yang diminatinya saat ini. Bukan selalu mereka dapat jumpa. semua nya dari nasip saja.
"Ya...tak jauh pun. Lorong 3 tu rumah saya la. Kenapa?" Hana bertanya kembali. Belum pun sempat Adam menjawab telefon nya berbunyi. Hana terus berlalu sebaik saja tiba dihadapan lorong rumah nya. Penatnya lebih penting dari berbual kosong dengan lelaki yang tidak dikenali.
Adam menoleh sebaik panggilan ditamatkan. Hampa dia hilang lagi. Geram dengan adik bongsu nya yang mencari tidak kena masa. Sepatutnya dia tidak melayan panggilan masuk tadi. argh.... dia mengeluh. Bayangkan dia sanggup duduk tercongok di restoran berhampiran bas stop hanya untuk menunggu gadis yang mahu dikenali. Untung nasip dapat jumpa, kalau tidak alamat berserah saja pada Tuhan. Ajal maut jodoh pertemuan kan ditangan Allah, kita hanya mampu merancang tapi tentu sudah ada perancangan yang lagi hebat dari yang maha Khalik. Berserah saja tidak boleh harus di sertakan dengan usaha sehabis daya
Hampa pula bila teringatkan dia masih belum dapat mengetahui nama gadis itu.
Hampa pula bila teringatkan dia masih belum dapat mengetahui nama gadis itu.
Dia terfikirkan sesuatu, gadis tadi ada menyatakan bahawa rumahnya terletak di lorong 3. Itu sudah cukup baik. Esok-esok boleh la dia melilau-lilau di lorong 3. Berjoging di waktu petang. Dapatlah jumpa gadis itu lagi. Tak apa hari ini, dapat tahu lorong rumah pun sudah kira ok daripada langsung tiada perkembangan. Dia pun terasa pelik dalam banyak-banyak gadis yang dijumpa kenapa pula hatinya boleh terpaut pada yang sukar ditemui. Mungkin lumrah setiap lelaki begitu sukakan cabaran.
Hana memerhati seketika sebelum masuk ke dalam rumah. Dia mahu melihat wajah jejaka itu. Kan dari wajah kita kadang dapat meneka sikap seseorang. Bimbang nanti dia telah ditegur oleh orang jahat. Kecut pula hati nya. Amyliah selalu meninggalkan nya seorang diri bila ada kerja luar kawasan, malah Amyliah juga kerap tidur di rumah kakaknya jika rindu pada anak-anak buahnya. Menyesal pula dia memberitahu tempat tinggalnya. Lepas ini dia mahu berhati-hati. Lelaki tak semua boleh dipercayai.
Terdetik mahu menghubungi Rifqi hatinya jadi berbunga-bunga. Rifqi saja yang boleh dipercaya kerna dia adalah lelaki pujaan Hana. Hahahaaaaa Hana ketawa gedik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan