Karya Cinta

Rabu, 13 Mei 2015

Lewat semesta...


Betul lah seperti yang orang kata, walau dimana pun kita berada kita tetap akan mendongak dan memandang langit yang sama. Keyra Izara merenung awan yang berarak perlahan. Matahari mulai tenggelam di balik laut china selatan. Pemandangan yang sungguh mendamaikan. Hampir 1 jam dia duduk berteleku seorang diri mengimbas segala kenangan lama. Terasa lukanya masih ada, walau telah bertahun namun rasa sesalnya masih ada. Bukan kecil salah yang telah dilakukan nya. Sangat besar hinggalah akhirnya dia kehilangan sesuatu yang sangat bermakna.

'Wahai insan yang disana mungkin saja ini kau dengar melewati semesta ini aku sampaikan. Begitu ingin berbagi-bagi mendengarkan hasrat di jiwa, oh Tuhan pertemukan aku sebelum hatinya beku......' lagu lewat semesta dendangan Randy Pangalila berkali-kali di dengarnya.

Walau menyesal banyak mana pun dia tetap tidak boleh mengundurkan masa. Jika di beri pilihan dia pasti memilih untuk tidak wujud di antara Armad dan Insyira. Jika di ingat boleh membuat dadanya jadi sesak. Tapi sudah cukup banyak air mata penyesalan di bazirkan nya. Cukuplah, dia tidak mahu menangis lagi.

"Tak terfikir nak balik rumah ka?" Suara yang menyapa mematikan lamunan Izara. Wajah lelaki yang menegurnya di renung. Senyuman kelat terukir di bibir. Inilah insan yang sering menemani nya tiap kali kakinya menjejak pantai Tanjung Aru.

Dulu mulanya dia bencikan lelaki ini yang sering datang menegurnya. Walaupun tidak pernah mendapat layanan dari Izara namun jejaka itu tetap setia menegur dan menemani nya tanpa di pinta.

"Nanti saya balik la. Awak tak kan tak nak balik lagi?"

"Saya? Mmmmm selagi si dia tak balik rumah saya pun macam nak berumah ja dekat sini"

"Jangan buat lawak yer. Pergi lah. Saya nak tenangkan fikiran dulu"

"3 tahun tak kan tak tenang lagi Keyra?"

"Fir....biar saya sendiri ok. Nanti-nanti saya balik lah ya. Saya nak bersendiri"

"Sampai bila nak jadi macam ni, tak kan awak tak boleh terima ketentuan Allah? Hidup kita ni segalanya sudah tertulis. Awak nak meraung sekalipun meratap sampai akhir nyawa semuanya tak akan berubah. Sedar lah keyra"

Firman Arsyad tidak pernah faham hati perempuan nya. Firman hanya mahu lihat dia gembira. Tapi apa gembira itu bisa membalut luka di hatinya. Mengeluh dan terus mengeluh. Dia masih dapat teruskan hidup itu sudah cukup baik.

3 tahun lalu.

"Keyra.....keyra dengar aku nak bagitau kau ni. Aku gembira sangat tak sangka Armad nak jumpa keluarga aku hujung minggu ni" Insyira ketawa gembira. Perkhabaran tentang hasrat Armad itu mengembirakan hati nya. Siapa sangka bertahun dia menunggu akhirnya penantian itu nyata berbaloi. Armad akhirnya mahu menaiktaraf kan lagi hubungan mereka.

"Maksud awak apa, saya kurang jelas" Izara mulai tidak sedap hati.

"Armad kata nak jumpa mak bapak aku. Makna nya dia dah fikirkan hala tuju hubungan kami. Tak la aku asyik rasa macam tergantung ja. Menunggu benda yang mustahil. Syukur doa aku termakbul" nyata kegembiraan nya tidak terbendung, berhabis dia berguling di atas katil Izara sambil menekup muka menahan bahagia di hati.

"Betul ka, Armad cakap macam tu? Isk..... muskil pula hati ni. Dia tak tipu ka?" Izara mahu kan kepastian. Hatinya mulai gundah. Apa sebenarnya yang ada di dalam fikiran Armad. Atau dia sebenarnya yang telah jauh salah meneka perhubungan yang terjalin antara mereka.

Beberapa hari lepas Armad ada menyatakan hasrat mahu pulang ke kampung untuk berjumpa orang tua nya. Tak terduga rupanya ada rancangan besar yang Armad mahu lakukan. Bodohnya dia langsung tidak dapat meneka.

Sebenarnya sewaktu mereka belajar Armad yang menghulurkan salam perkenalan untuknya, tapi memandangkan dia tahu Insyira meminati Armad maka dia menyuruh agar Armad juga mahu berteman dengan Insyira dan melayan mereka sama saja. Tapi bukan layanan begini yang Izara mahukan. Memang dia yang meminta Armad untuk sentiasa ada saat Insyira dalam kesedihan. Kerana dia sentiasa tahu bila nya sahabat baiknya itu dalam masalah. Bersedih dengan keputusan peperiksaan yang rendah, masalah keluarga dan entah masalah remeh yang lain.

Izara membiarkan Insyira dengan melayan kegembiraan nya sendiri. Dia mengambil telefon dan menjauh dari Insyira. Mesej untuk Armad di taip.

Apa sebenarnya yang awak rancangkan ha?! Awak permainkan saya dan Insyira, atau saya yang awak peralatkan untuk dia? -Izara.

Lama menanti namun tiada balasan dari Armad. Sakit hati Tuhan saja yang tahu. Armad keterlaluan, bukan kah mereka sudah berjanji untuk sama-sama menerangkan kepada Insyira tentang hubungan mereka berdua. Jika hati Armad telah beralih suka kepada Insyira dia terima tapi itu sebelum Armad juga berjanji untuk bertunang dengan nya hujung tahun ini. Armad berjaya mengucar-kacirkan perasaan nya.

Izara teringat pertanyaan Insyira dulu. "Keyra aku pelik la. Armad tu suka kan aku ka kau. Kenapa dia selalu tanya tentang kau dekat aku. Malah apa ja dia buat kena fikirkan penerimaan kau. Aku hairan la" Masa Insyira bertanya dulu boleh pula mulutnya menjawap yang itu semua hanya perasaan Insyira saja. Jadi mengapa saat ini dia tidak boleh menyenangkan pula hatinya dengan alasan yang sama?

Kita jumpa malam esok ada benda yang Armad nak jelaskan. Cakap dalam fon dalam keadaan sekarang memang tak sesuai. Armad yang patut tanya Keyla apa yang berlaku sebenarnya. -Armad

Dari jauh Izara memerhatikan Armad. Wajah Armad nampak marah. Keyla dapat rasa Armad sedang serabut. Tapi bukan kan dia yang harus marah dan sakit hati. Armad yang mencipta masalah jadi seharusnya bukan begitu riak yang terpapar di wajah Armad

"Cakap lah cepat saya nak dengar penjelasan awak. Kenapa awak buat macam ni?"

"Patutnya Armad yang tanya Keyla. Kenapa buat Armad macam ni? Armad buat semua yang Keyla nak. Layan dan suka kan Insyira. Rupanya Keyla ada plan lain. Apa Keyla ingat kalau Armad suka kan Insyira bermakna Keyla boleh dua kan Armad. Inikah balasan Armad dapat atas semua yang Armad buat. Tak cukup lagi ka Keyla?"

"Apa maksud awak ni. Jangan nak pusing cerita. Awak cakap nak bertunang dengan saya tapi dalam masa yang sama awak janji nak jumpa family Insyira. Jangan permainkan saya Armad"

"Siapa yang sedang bodoh kan siapa ni? Patutlah selama ni selalu sangat nak Syafiq selalu ada. Menyamar jadi teman lelaki konon, rupanya memang hangat bercinta. Mengaku ja la Keyla. Ini semua rancangan Keyla kan?"

"Awak jangan nak reka cerita. Saya dengan Syafiq tak ada apa-apa. Selama ni pun dia menyamar ja supaya Insyira tak tahu hubungan kita. Jadi jangan sengaja nak wujudkan cerita bodoh awak tu" Izara mulai tidak dapat bersabar.

"Argh...sudah la Keyla. Mulai saat ni kita tak ada apa-apa. Awak pergilah dengan lelaki yang awak gilakan sangat tu. Tapi ingat saya akan balas rasa sakit ni supaya awak dapat rasa"

"Pergi....pergilah. Saya pun tak mahu ada teman lelaki macam awak. Baru masalah macam ni awak dah buat keputusan sedangkan awak tak tahu benar nya. Kalau awak nak saya rasa sakitnya tak payah. Kerna saya tak ada masa nak layan rasa sakit yang tidak berbaloi untuk lelaki macam awak. Get lost...."

"Awak akan menyesal Keyla. Awak akan menyesal hancurkan hati saya. Saya janji awak tak akan tenang selagi saya tak maafkan"

"Pergi mati dengan maaf awak tu."

"Betul apa yang awak cakap tu, awak nak saya mati? Jangan menyesal Keyla"

"Pergi dari hidup saya. Jangan ganggu saya lagi. Selagi nafas saya masih berdenyut saya tetap akan bencikan awak sampai bila-bila"

Itu adalah kali terakhir mereka berjumpa sebelum Izara mendapat mesej dari Insyira meminta nya datang ke hospital. Armad kemalangan. Armad mahu berjumpa dengan nya. Tapi oleh kerana di ikutkan sangat rasa hati nya yang marah mesej itu di abaikan nya. Dia tidak mahu melihat Insyira di sisi Armad. Baginya mereka berdua adalah musuh. Insan yang tidak patut di temui lagi. Putusnya hubungan nya dengan Armad juga membawa kepada terlerainya hubungan persahabatan dengan Insyira. Argh.....dia sendiri tidak menyangka kerna lelaki persahabatan mereka berakhir. Entahlah siapa yang mangsa sebenar-benarnya

Sampai hati kau tak datang jumpa Armad, aku minta sangat dekat kau datanglah jumpa dia buat kali terakhir Keyla. Armad dah tak ada harapan lagi. Please Keyla demi Armad- Insyira.

Mesej itu dibaca berulang kali. Demi Armad apa maksud Insyira. Apa yang terjadi dengan Armad bukan kah dia hanya kemalangan biasa. Izara binggung, tapi untuk datang melawat Armad dia tidak dapat kerana berada di luar kawasan. Beribu batu jauhnya. Dia baru saja sampai di kampung Felda Sahabat 16 Lahad Datu. Terlalu mustahil untuk kembali semula ke Kota Kinabalu. Nanti apa pula kata umi dan abah nya.

Berhari tiada mesej dari Insyira, hatinya mulai di pagut bimbang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memendekkan cutinya. Dengan alasan ada kerja mendadak dan dia harus berangkat meninggalkan kampung halaman dan orang tersayang.

Insyira awak dekat mana kita jumpa. Saya tak sedap hati- Izara

Dari alamat yang Insyira berikan Izara kini berada di hadapan sebuah rumah. Suasana orang ramai yang memenuhi rumah menghairankan Izara. Dia mulai menapak ke dalam rumah. Kelibat Insyira di cari.

"Akak ni kak Keyla ka?" Seorang remaja lelaki menegur Izara.

"Iya.....akak nak jumpa Insyira. Dia ada tak?"

"Sebenarnya saya yang balas mesej tu. Kak Insyira ada dekat sana"

Izara terasa pelik. Marah sangatkan Insyira hingga tidak mahu membalas mesej nya. Izara datang ke ruang tamu mencari Insyira.

"Anak ni kawan Insyira ka? Pergilah jumpa dia. Bagi penghormatan terakhir untuk arwah ya nak. Makcik minta anak maafkan semua salah arwah. Halalkan makan minum arwah. Kalau arwah ada hutang, beritahu makcik. Biar makcik jelaskan" kata-kata wanita yang sebaya umi nyg itu membuat kepalanya seakan berpusing. Insyira.....arwah? Insyira..... dia terasa mahu menangis. Pantas matanya dapat menangkap sekujur tubuh yang terbaring kaku. Dia terasa mahu menjerit. Apa yantg telah berlaku. Bukan kan yang kemalangan dan nazak itu Armad. Tapi kenapa pula tubuh Insyira yang terkaku. Izara meraung sekuat hati. Insyira itu sahabatnya walau apa pun yang terjadi marah dan sakit hatinya tidak pernah berjaya buat dia bencikan Insyira. Pandangan nya kelam, sekelilingnya mulai berpusing dan segalanya jadi gelap.

"Seminggu lalu kawan kak Insyira kemalangan. Arwah abang Armad memang tak dapat di selamatkan. Sejak tu kak Insyira jadi tak tentu. Dia kata dia nak temukan akak dengan arwah abang Armad tapi akak jauh. Dia takut akak tak sempat tau hal sebenar. Hinggalah arwah abang Armad menghembuskan nafas akak tetap tak datang. Dia rasa bersalah sangat. Dan petang semalam. Arwah kak Insyira kata nak pergi beli kredit untuk telefon akak tapi tak sangka dia bertembung dengan lori yang terbabas di tengah jalan. Mungkin dah ajal dia tak dapat elak. Meninggal dekat tempat kejadian. Saya tak tahu apa yang terjadi antara akak dengan arwah tapi saya nak minta akak maafkan lah salah mereka. Takut mereka tak tenang disana"

Kata-kata adik insyira melumatkan hati Izara. Pantas dia mendekati tubuh kaku milik Insyira. Kepalanya di tundukkan dia mahu mengucakan selamat jalan dan telah memaafkan sahabat nya itu.

Deruan ombak menenangkan hati Izara. Syafiq telah memberitahunya, apa yang berlaku antara mereka adalah rancangan Insyira. Insyira rasa tertipu bila mengetahui Armad mahu bertunang dengan Izara hinggakan dia mewujudkan cerita hubungan cinta antara Izara dengan Shafiq hingga Armad percaya. Izara menyesal meragui Armad tapi dia lagi menyesal bila jadi penyebab atas apa yang berlaku. Kalau lah dia tidak menyuruh Armad melayan Insyira terlalu baik tentu masalah tidak akan timbul. Insyira mungkin patah hati tapi dia pasti akan menemui jejaka lain. Tapi akibat akal pendeknya menyebabkan cinta 3 segi terjadi antara mereka.

"Maafkan saya Armad. Betullah hingga sekarang hati saya tak tenang. Insyira maafkan saya. Walaupun saya tak dapat dengar kata maaf dari kamu berdua, tapi saya tetap doakan kamu berdua ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman."

Izara memejam matanya terasa ada kata-kata semangat di bisik kan ditelinga nya. Mungkin kata maaf dari Armad dan Insyira yang ikut bersama angin.

"Keyla......keyla....sudahlah tu. Jap lagi malam ni esok-esok awak datang la lagi" Izara membuka mata. Itu adalah suara Firman. Wajah Firman direnungnya.

"Keyla awak ok ka ni, jangan buat saya risau. Awak kena sampuk ka?" Naik bimbang Firman bila di renung oleh Keyla.

"Fir awak nak jadi kawan baik saya tak?"

"Eh mestilah. Tak kan tak sudi pula. Memang itulah niat saya saat pertama kali jumpa awak dekat sini 3 tahun lalu. Tapi kalau dapat jadi lebih dari kawan baik pun ok juga." Firman senyum suka.

"Baiklah tapi jangan panggil saya Keyla. Saya nak lupakan semuanya. Cukup mereka berdua saja panggil saya Keyla. Awak panggil saya Izara"

"Ok. Saya panggil sayang la sedap sikit. Tak pun Honey'dew boleh"

"Jangan mengada Fir. Saya tak layan baru tau." Ugut Izara.

"Ok Izara pun cantik juga."

"Saya nak lupakan semuanya. Selamat tinggal kenangan. Izinkan saya juga bahagia. Saya nak buang semua nya biar hilang dan tenggelam di laut china selatan."

"Iyalah balik jom. Dah malam ni"

"Nak dengar lagu tak? Lagu lewat semesta dari Randy pangalila" Firman mengangguk. Ear fone Izara pasang di telinganya. Mereka berlalu sambil mendengar lagu dengan 1 hubungan baru.

-wahai insan yang disana mungkin saja ini kau dengar melewati semesta ini aku sampaikan. Begitu ingin berbagi-bagi mendengarkan hasrat dijiwa, oh Tuhan pertemukan aku sebelum hatinya beku.......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan