Cuaca
hari ini terasa sedikit mengigit kulit, hampir 30 minit aku berada diperhentian
bas, namun bas masih juga belum tiba. Sebentar lagi pukul Sembilan, alamat aku
akan tiba lewat lagi hari ini ke tempat kerja. Aku melayan perasaan memikirkan
betapa susahnya kehidupan harianku tanpa kenderaan sendiri.
“hai…sendiri nampak?”seorang jejaka menegurku.
Aku hanya memandangnya hairan sejak bila jejaka itu berada disebelahku, aku
langsung tidak menyedarinya.
“ya
takkan awak nampak saya berdua pula?”balasku malas sudah tahu bertanya lagi.
“boleh
saya tumpang duduk dekat awak?” lelaki itu seakan tidak mengerti akan tindakan
ku yang tidak mahu digangu.
“Ni
bukan kenderaan awak nak tumpang dan bukan milik saya tapi hak kerajaan jadi
duduklah” jawapku panjang lebar. Aku mahu dia tahu yang aku tidak suka
melayannya jadi dia tidak seharusnya mengangguku.
“marah
nampak?” sambung jejaka itu.
“siapa
yang marah, awak nak tumpang duduk ka, tumpang berteduh ka atau pun tumpang
kasih sayang saya tak kisah. Asalkan jangan ganggu saya?”balasku sedikit geram
lalu berdiri menjauhinya.
“sombongnya.
Awak tahu Tuhan ciptakan perempuan dengan sifat penuh kesopanan jadi tak baik
awak bersikap begitu tak salah kita berkawan. Saya Hariz, awak?” suaranya masih
macam tadi lembut saja dipendengaran. Kenapalah mood ku kurang baik hari ini
dijadikan alasan untuk aku bersikap kasar terhadap orang lain.
“saya
Syazana Esya, panggil saja Zana. Eh kebetulan bas saya dah datang tu jumpa
lagi” balasku sambil tersenyum kelat kearah Hariz. Sememangnya kedatangan bas
itu memang amat ku harapkan.
Aku memandang sekeliling pejabat,
kelihatan semua rakan ku sedang sibuk dimeja masing-masing mungkin mereka
langsung tidak menyedari akan kelewatanku.
“Zana
u baru sampai ka ni?” tegur Miera sebaik aku melabuhkan punggung dibangku.
“tak,
dah lama cuma terperangkap dalam tandas tadi perut memulaslah” balas ku dengan
senyuman mengejek kepadanya.
“macamlah
I tak tahu mesti u lambat lagi ni kan? Nasip baik kita belum meeting lagi. U
lupa ka hari ni kan penganti Khuzairi akan sampai” Miera cuba mengingatkanku.
Aku
hampir terlupa assistant manager akan
datang hari ini. Nasip baiklah bas tiba juga tadi kalau tidak alamat aku
terpaksalah menahan malu kerana tertangkap datang lambat.
Encik
Fuad memberikan isyarat untuk ke bilik mesyuarat, aku sebetulnya langsung tidak
sukakan sebuah perjumpaan samaada formal atau tidak. Aku sendiri kurang pasti,
bagi ku pertemuan yang makan masa berjam-jam ini hanya membuang masa. Dan paling
lama aku akan bertahan selama 30 minit sebelum mulutku dengan gatalnya mulai
menguap dan akhirnya pasti kelopak mataku turut serta berirama naik turun
melayan mengantuk.
Encik
Fuad memulakan agenda mesyuarat seperti biasa, aku hanya mendengar tapi sedikit
pun aku tidak menghiraukannya. Dada ku terasa sakit maklum aku kan terlewat
pagi tadi tentu saja aku belum sempat menjamah makanan. Aku hanya berdoa moga
tahap kelaparanku akan ada belas kasihan pada kali ini aku tidak mahu kejadian
aku pengsan kerana gastrik berulang lagi.
Kami
kemudiannya menjalankan sedikit sesi suai kenal bersama bos baru, memangnya
perkara inilah yang paling menyusahkan bagiku. Lagaknya macam sesi suai kenal
masa sekolah-sekolah dulu.
“saya Syazana Esya, staff inventory control” sekali
nafas saja aku menuturkannya.
“Syazana
Esya cantik nama, secantik orangnya” bos baru itu memujiku. Entahlah bagi aku
dah dia puji jadi aku senyum sajalah tak rugi pun.
“awak cuba cakap sambil tengok saya” aku
mengangkat muka memandangnya.
“Saya………”
kata-kataku terhenti sebaik menyedari siapa lelaki yang kini berada
dihadapanku.
Mustahil
encik Hariz yang dimaksudkan sebagai bos baru itu adalah jejaka yang ku temui
di perhentian bas pagi tadi. Muka sinis nya tambah membuat hatiku makin kecut.
Terimbas kembali kelakuanku sewaktu diperhentian bas pagi tadi. Tentu saja dia
beranggapan yang teruk berkaitan dengan disiplin ku.
Pandangan
ku mula berpinar-pinar segala apa yang dikatakannya seperti suara Donal Duck
kartun kesukaan adikku yang kedengaran. Apa jadi dekat aku mmmmm mestilah aku
pengsan sebab lapar dan terkejut.
Sejak dari hari Hariz bekerja
hidupku mula terasa sesak. Kejadian aku jatuh pengsan sering jadi alasan
untuknya mengetahui semua perihalku. Alasannya dia takut kejadian itu berulang
lagi. Mujur nombor telefon ku belum diketahuinya kalau tidak bertambah parahlah
hidupku.
Sebenarnya
jujur aku pelik kenapa Hariz boleh saja menyukai aku tanpa sebab. Pernah aku
bertanya namun jawapan nya langsung tidak memenuhi kehendak hati ku. Dengan mudah
dia kata panahan cinta pandang pertama itu saja. Aku yang mendengar hampir
tergelak. Satu kebetulan saja, kuasa Tuhan. Kereta dia rosak dan kerna itu lah
kami bertemu di stesen bas.
“hari
ini Zana balik dengan saya ok” wajah Hariz ku pandang. Perminta kali ini harus
ku tolak. Aku tidak mahu rakan yang lain memandang serong terhadapku.
“saya
boleh balik sendiri” balasku
“jangan
bantah, nanti ada apa-apa jadi dekat Zana kan susah”
“saya
tahu jaga diri saya, selama ini pun saya boleh bergerak tanpa bantuan orang lain. Saya bukan
orang kurang upaya yang mesti sentiasa diberi perhatian”
“kalau
awak orang kurang upaya lagilah saya kena jaga awak sepenuh masa”
“hei….apa
ni saya tak faham. Jangan ganggu hidup saya. Encik Hariz tak ada hak!”marahku.
Mukaku mula terasa panas hinggakan nafasku tidak teratur.
“jam5
saya tunggu awak dekat tempat kereta” Hariz terus berlalu. Seperti tiada apa
yang ku katakan sebentar tadi, hinggakan dia berani membari arahan tidak sah
kepada ku.
Sebelum
pukul5 lagi aku telah keluar dari pejabat, aku sebolehnya tidak mahu
terserempak dengan Hariz. Entah apa yang akan berlaku nanti jika dia mengetahui
aku telah pulang lebih awal. Ahhhhh yang penting aku mahu mengelak dari bertemu
dengannya. Tapi yang terjadi sebaliknya, senyuman kemenangan yang terukir
dibibirku sebaik memijak lantai luar pejabat mati sebaik melihat Hariz telah
sedia menunggu dengan keretanya.
Hari-hari
ku lalui mulai terasa lain tidak seperti dulu. Aku kah yang berubah atau mereka
yang lain, Mieza juga sudah jarang menegurku. Mungkin dia sibuk tapi kadang aku
lihat dia ada juga bergelak ketawa dengan yang lain tapi sebaik aku tiba cerita
mereka akan mati. Hanya Fuad yang kadang kala menegurku itupun seperti
terpaksa.
“Fuad, saya nak tanya sikit. Kenapa
sekarang semua orang macam tak suka dekat saya?” tanya ku suatu hari.
“tak
adalah, perasaan Zana ja tu agaknya” Fuad seakan cuba berdalih.
“tak
mungkin la, saya dapat rasa. Cakaplah saya ada buat salah ka?” aku cuba meminta
kepastian. Sampai bila aku dipinggirkan oleh mereka.
“Fuad
tak nampak salah Zana, cuma Zana dah tak macam dulu. Mungkin sebab Hariz?”
“maksud
Fuad?” aku kurang faham.
“Zana
jangan marah ok. Sebenarnya apa yang Zana nak dari Hariz?” pertanyaan Fuad
mengelirukan mindaku. Aku langsung tidak memahami maksud pertanyaannya.
“kalau
Zana rasa dengan buat begitu Zana boleh beli jiwa encik Hariz untuk kepentingan
diri sendiri teruskanlah, tapi mungkin kami semua bukan kawan Zana yang dulu
lagi” kata-kata Fuad benar-benar mengejutkanku.
Aku
dituduh mahu mengambil kesempatan keatas Hariz walhal aku tidak pernah terfikir
untuk itu. Kenapalah mereka tidak nampak selama ini segala usaha ku menjauhkan
diri dari Hariz. Aku harus membuat keputusan segera. Aku harus mengertak Hariz,
harusssss.
“Zana
bagi saya 3 sebab kenapa awak nak berhenti kerja. Jawapan awak mestilah saya
boleh terima baru saya luluskan surat berhenti kerja ni” Hariz memandangku
lagak seperti singa mahu menerkam mangsanya.
“pertama
saya tak suka awak, kadua saya malas tengok muka awak dan ketiga saya bencikan
awak” jawapku dengan bersahaja.
“kenapa?”tanya
Hariz lagi.
“saya
tak dapat fokus untuk kerja dan saya rasa sangat sesak macam ni”
“kalau
macam tu kita buat perjanjian awak bekerja disini dan saya yang berhenti” aku
terkejut dengan jawapannya itu, terlalu mustahil dia akan berhenti kerana Encik
Fuad manager di situ sudah tentu tidak bersetuju.
“encik Hariz tak ada hak nak tahan saya.
Lagipun saya sanggup bayar gaji 3 bulan kerana tak hantar notis berhenti awal”
“jangan
fikir saya akan benarkannya” Hariz berlalu membiarkan ku menahan amarah.
Aku menarik lengan Hariz dengan
berharap dia akan berhenti dan menamatkan semuanya hari ini. Hariz berpaling
memandangku, namun ianya hanya seketika. Dia menarik tangannya dari gengamanku.
“arrrrrrrrr”
jerit ku sambil tanganku menghentak meja nya. Tanganku terasa kebas namun ku
biarkan sakit hatiku dengan tindakan Hariz lebih terasa.
“awak
dah gila ka?” bentak Hariz sambil mengamati tapak tanganku yang mulai
mengeluarkan cairan merah. Darah???
Aku
terkejut, baru sedar tanganku telah terhempas pada perhiasan kaca yang ada
diatas mejanya. Denyutan makin terasa bersama keluarnya darah dari lukaku. Aku
hanya memerhatikan perlakuan Hariz yang sibuk mencari peti kecemasan.
“peti
tu ada dekat sinilah” akhirnya aku bersuara, tapi itupun setelah aku tidak
dapat menahan sakit yang kian terasa. Aku dapat melihat keresahannya hinggakan
peti yang ada depan matanya pun tidak dapat ditemui. Arghh…. Hariz terus
menarik tangan ku pergi.
Aku hanya tersenyum dari tadi, wajah
Hariz yang sedang memandu ku pandang lucu. Entah apa yang sedang bermain difikirannya
saat ini, aku rasa ingin ketawa namun ku tahan takut pula dia akan melenting
nanti. Yalah dia seakan tidak tentu arah tadi hinggakan luka sekecil itu hendak
dibawa berjumpa doctor.
“apa
yang lucunya Zana?” akhirnya Hariz bersuara. Mukanya sudah tidak setegang tadi.
“tak,
tak ada apa-apa. Lucukan hal tadi?” balasku.
“tak
ada apa-apa tapi asyik tersenyum, memangnya tangan awak tu tak sakit lagi ka?”ada
nada kurang senang pada percakapannya kali ini.
“yalah
luka kecil ni pun nak jumpa doktor kan da kena ceramah free. Mesti doktor tu geram macamlah dia tu tak ada kerja, sampai
kita nak tambah pesakit dia” terangku berhati-hati, yalah orang tengah bengkak
hati mana boleh cakap sedap mulut nanti entah apa dibuatnya. Lagipun aku mahu
dia tahu apa yang aku tiada niat untuk mempersendakan tindakannya.
“saya
sukakan awak jadi wajar saya bertindak macam tu faham” Hariz hanya selamba menuturkan
perasaannya. Muka ku yang mula terasa merah, ku alihkan keluar tingkap.
Sejak
dari kejadian tu aku mula memberi ruang untuk Hariz dalam kehidupan aku.
Bukannya aku ni memilih cuma hati aku
yang masih takut menerima cinta. Rakan-rakan sekerja pun sudah kembali macam
dulu, mereka tahu aku bukanlah jenis orang yang suka mengambil kesempatan
dengan menjadikan Hariz sebagai batu loncatan untuk mendapatkan apa yang ku
mahu.
Wajah
Hariz ku pandang. Seiring terbenamnya matahari di balik air laut yang membiru
aku menetapkan satu niat. Orang kata lelaki yang baik ni susah kita nak jumpa. Hariz
jangan kan marah meninggikan suara pun susah. Seorang lelaki yang sentiasa
tenang, kadang romantik namun tetap tegas. Penyayang dan part aku paling suka Hariz suka manja kan aku macam aku ni budak
baru nak up dalam hidup hehehehe. Aku
senyum suka.
“Zana…sudi
tak jadi teman wanita saya?” pertanyaan Hariz mengejutkan ku. Namun andai ini
yang terbaik untuk ku mengapa harus tidak.
“jadi
teman sehidup semati pun boleh” jawapku sambil ketawa panjang. Andai ini mimpi
aku memilih untuk tidak terjaga agar aku terus merasa bahagia. Mengapa harus
memilih dan mencari yang lain andai yang baik sudah ada depan mata. Tiada yang
sempurna, maka nya kita harus saling melengkapi untuk menjadi sempurna bersama.
Berdua
lebih baik hahahahaha.
😍😍😍
BalasPadam