Karya Cinta

Sabtu, 23 Mei 2015

3cinta 1jiwa 5


Adam Hariz



Adam Hariz memakukan pandangan nya kearah gadis yang sedang duduk membongkok di tepi laluan pejalan kaki. 3 kali dia berjoging mengeliling taman itu namun gadis tadi masih dalam keadaan yang sama. Kerana niat mahu membantu sesama umat maka Adam akhirnya memberanikan diri untuk menegur.

 Manalah tahu ada yang dia boleh bantu. Bukan kecil laluan taman itu, basah juga bajunya akibat peluh yang banyak keluar. Jika sekali pusing sudah makan masa 30 minit bermakna gadis itu sudah hampir 1jam setengah dalam keadaan yang sama.

“cik….cik ok ka?” pertanyaan Adam tidak di hiraukan.. Tiada reaksi di terima. Gadis itu tetap menundukkan wajah. Semacam tidak mahu bertegur sapa dengan nya.

“cik……..cik sakit ka?” dia bertanya sekali lagi. Hari sudah kian petang. Tak kan gadis itu mahu terus begitu. Jika dia mengabaikan nya nanti siapa pula yang akan membantu jika terjadi sesuatu. Amboi di fikir-fikir baik pula hati nya saat ini. Tapi dia memang akan membantu walau siapa pun yang memerlukan bantu nya.

Gadis itu menggangkat kepala, lalu menoleh ke arah Adam. Tertegun Adam seketika sebaik melihat muka empunya badan. Laju saja dia mendekati gadis itu lalu ikut duduk mencangkung sama.

“kenapa ni. Saya tengok dari tadi awak macam ni. Awak tak sihat ka?” ya mood risau nya sudah datang. Kebetulan yang sangat ajaib. Gadis di hadapan nya ini adalah gadis yang sering di temuinya.

“Kaki saya terseliuh.” Suara serak macam orang mahu menangis itu buat Adam bertambah simpati.

“Tadi datang sendiri ka, tak ada kawan yang boleh tolong?” pertanyaan Adam hanya di jawap dengan gelengan. Adam berfikir sejenak, mencari idea.

“saya tolong papah awak la. Nak?” rasanya hanya itu idea yang sesuai saat ini. Tentu saja idea dukung-dukung macam yang selalu ada dalam drama korea itu tidak sesuai di lakukan mereka. Ini Malaysia ok bukan korea, nak dukung-dukung boleh bila sudah sah. Itu pun hanya boleh buat dalam bilik ja. Dekat tempat awam memang tak boleh nanti takut jadi viral.

 “eh tak apa. Awak boleh tolong call kawan saya tak? Phone saya tak ada bateri.” Adam laju saja menurut. Dalam saat macam ni dia harus bersikap gentleman. Cakaplah pinjam apa saja pun dia sudi pinjamkan.

Beberapa saat panggilan nya di sambut oleh seorang wanita di hujung sana. Telefon  nya di hulur. Dia hanya mendengar perbualan yang tidak sampai 10minit itu. Otak nya ligat kembali bekerja mencari apa yang mahu di katakan setelah telefon nya di kembalikan.

“kita dah selalu jumpa tapi sampai sekarang saya tak tahu nama awak. Sekali lagi saya perkenalkan diri. Saya Adam Hariz.”

 “saya Iera” balas nya pendek. Sebaik terlihat bibir Adam seakan menyebut nama nya. Dia ketawa.

“kenapa, ada yang lucu ka?” Adam kehairanan. Ketawa tiba-tiba tanpa sebab tentu saja mengundang kehairanan.

“saja. Tak sangka akhirnya awak juga yang tolong saya. Kalau di fikirkan kenapa lah saya buang masa lama sangat minta tolong tadi. Kalau tak tentu sekarang saya dah ada dekat rumah mmmmm” dia mengeluh. Sebenarnya dia telah lama menyedari kehadiran Adam yang berkali-kali lalu di hadapannya dari tadi, tapi kerana ada rasa bimbang untuk bertegur sapa dengan orang tidak dikenali maka di abaikan nya saja. Takut nanti bertambah pula bala yang dia dapat jika meminta tolong dengan orang yang salah.

Banyak bahaya dari baik nya bila terlalu ramah dengan orang yang baru di kenali. Zaman sekarang macam-macam taktik orang guna untuk buat jahat. Kena lagi dia seorang perempuan maka nya harus berjaga-jaga.

“Hana………… apa jadi ni?” jerit seorang gadis tiba-tiba. Adam cuba untuk menangkap apa yang di sebutkan tadi. Tapi laju saja Iera minta di papah bawa pulang. Penat mencangkung berjam buat dia mahu segera ke pulang ke rumah. Bengka kakinya boleh tahan.

“kami balik dulu ya. Jumpa lagi” ucap Hana tergopoh-gopo. Mahu cepat. Yalah takut pecah tembelang nya. Harap Adam tidak terdengar nama nya di panggil Amyliah tadi. Tipu sunat kan untuk kebaikan juga.

Adam hanya memandang. Iera… tak kan itu saja nama gadis itu. Terasa terlalu perlahan graf perkenalan mereka. Berbulan baru dia dapat menegur Iera ketika terserempak di bus stop. Berminggu baru dapat tahu tempat tinggal dan sekarang begitu lama baru dia tahu nama. Itu pun hanya sekerat. Aduhai…..susah nya mahu mengenali perempuan yang di suka nya kali ini.

 Telefon nya bergetar. Ada mesej di terima.

 Terima kasih tolong saya. Jumpa lagi :-) – Iera



Adam tersenyum. Nombor kawan Iera di simpan. Ini pun dikira ada perkembangan baru. Kenapa dia boleh lupa. Sekarang kan lagi mudah. Dia boleh menghubungi Iera melalui kawan nya.

“siapa tu Hana?” Amyliah sesekali memandang kebelakang untuk melihat jejaka tadi. Boleh- boleh dia tidak tahu Hana punya kawan lelaki. Kacak pula tu.

“tu la stalker yang saya pernah cerita tu.”

“wow…..kau punya peminat yang macho macam tu pun kau tak layan. Kalau aku tahu dari dulu aku sudi ja ikut kau naik turun bas. Asalkan dapat jumpa dia” Hana memandang Amyliah dengan pandangan cuak.

Amyliah memang begitu pantang nampak mamat yang memenuhi kateria nya mula lah dia menjadi perempuan yang tergedik-gedik. Spesies Shaunie juga.

Nampak saja klinik hati Hana mulai kecut. “kita balik rumah terus la. Nanti aku tuam dengan ais ja bengkak ni. Bukan teruk pun” Amyliah yang faham dengan sikap Hana takut ke klinik buat tidak tahu. Seolah-olah tidak dengar. Kereta nya tetap saja masuk ke perkarangan klinik yang ada di kawasan perumahan mereka. Muka Hana jangan cerita. Sama seperti muka budak kecik yang merajuk sebab permintaan nya tidak di penuhi.

“sudah jangan buat muka depan aku. Kau tu umur dah 25 tahun tapi takut pergi klinik macam budak-budak. Nanti aku suruh doktor tu bagi jarum lagi biar bengka tu turun.” Saja mahu menyakat Hana. Kena ajar sikit supaya tidak selalu berlagak kuat di hadapan nya.

“saya tak nak. awak pergi lah.” Hana berkeras di tempat duduk nya. Amyliah geleng kepala.

“kau ni esok cuti ka, tak kerja? Setahu aku bengka macam tu belum tentu hilang esok pagi. Jadi ada baik nya kau pergi jumpa doktor minta cuti. Doktor pun boleh tengok kaki kau.”

“malas la. Bukan teruk pun nanti tau la nak buat apa”

“amboi….dah sakit pun masih sombong. Jaga kalau malam cari aku. Aku tak layan.”

“tahu la” Hana tetap tunjuk muka kelat nya. Amyliah sudah malas mahu memujuk. Biar, dia mahu tengok keras kepala Hana hingga mana. Kerana takutkan jarum sangat sanggup menahan sakit. Tahu nanti-nanti dia juga yang Hana cari. Biliknya juga yang akan di tuju.

Kereta Amyliah meluncur keluar dari perkarangan klinik. Dia tertoleh sebaik melihat seseorang. Jejaka tadi apa di buat nya di situ.



Adam buntu. Memang tiada pesakit nama Iera yang datang meminta rawatan untuk kaki yang terseliuh. Tidak berpuas hati dengan jawapan pembantu klinik dia bertanya juga kepada doktor bertugas.

“Adam, yang kau cari sangat gadis tu kenapa. Kau yang buat dia terseliuh ka?” Airen naik hairan bila Adam bersungguh mahu dia mengingati jika ada merawat gadis yang terselih di kaki.

“bukan la. Saja. Ok la Airen aku balik dulu. Agak nya dia pergi tempat lain kot” ucap Adam memyedapkan hati sendiri.

“mungkin bengka sikit ja. Kau jangan la risau sangat aku rasa buah hati kau tu tentu dah balik rumah” riak Adam berubah sebaik mendengar kata-katanya. Airen sengaja. Dia tahu Adam tidak mempunyai teman wanita tapi ayat itu hanya mahu menduga Adam.

Adam Hariz. Jejaka yang di kenali nya dari zaman universiti lagi. Seorang yang terlalu berhati-hati dengan perempuan. Kerana Adam beranggapan perempuan hanya akan memanipulasi kehidupannya. Bukan tiada perempuan yang mahu berkenalan dengan Adam, tapi jejaka itu menolaknya dengan baik. Memberi alasan sudah punya teman istimewa. Tapi Airen tahu Adam masih single.

Hati Airen jadi risau. Adakah Adam telah berjumpa dengan gadis yang berjaya membuka pintu hati nya untuk bercinta? Arght….. Airen cuba mengingati nama gadis yang di cari Adam. Iera. Berfikir jika dia mengenali penghuni taman itu dengan nama tersebut. Adakah dia punya pesakit nama Iera atau pun yang hampir sama dengan nya.

Sikap cemburu jika bijak di kawal dan di bentuk ia boleh menjadikan seseorang yang lemah menjadi kuat untuk mengalahkan lawannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan