Karya Cinta

Selasa, 19 Mei 2015

3cinta 1jiwa 4

Rifqi


Hana Zhafiera memanjangkan langkahnya sebaik saja tiba di restoran kampung. Kelibat Rifqi di cari. Terpusing-pusing kepalanya ke kiri ke kanan bila wajah pujaan hati masih belum kelihatan. 2 minggu tidak bertemu membuatkan dia laju menerima pelawaan Rifqi mengajaknya makan tengah hari bersama.

Jenuh juga dia memujuk Shaunie kerana mereka tidak dapat makan bersama. Lebih-lebih lagi dia tahu Shaunie kurang senang akan perhubungan nya dengan Rifqi. Biar beribu orang datang menyatakan keburukan Rifqi, tapi cukup satu hati nya yang tahu betapa baik nya jejaka itu.

Senyuman terukir bila terpandang kelibat Rifqi melambai tangan ke arahnya. Senyuman Hana mati, langkah kakinya juga kian perlahan. Rifqi tidak bersendirian. Ada jejaka lain bersama nya.

"Kenapa lambat?" Tanya Rifqi sebaik saja Hana melabuhkan punggung di sebelahnya. Tak kan duduk di sebelah kawan Rifqi pula kan.

"Show sengaja hantar lambat biar Rif tunggu lama katanya"

"Hana bila nak beli kereta sendiri. Jadi nanti nak ke mana pun senang tak susahkan orang"

"Tunggu dapat tajaan sebuah kereta dari Rif hehee" Hana membalas dengan ketawa perlahan.

"Amboi minta lah dekat abang kesayangan Hana. Rif tak mau bagi nanti makin ligat Hana berjalan entah ke mana"

"Mana ada abang lain. Alah boleh lah. Hana janji tak pergi mana-mana selagi tak dapat kebenaran Rif." Rengekan manja Hana buat Rifqi ketawa. Hana tak berubah masih manja dengan nya. Itulah yang ada dalam fikiran Rifqi saat ini

"Tak boleh. Nanti Rif yang pening kepala bila ada masalah. Belum lagi dengan perangai Hana yang benda kecik pun nak Rif buat. Tak tenteram hidup Rif 24 jam terima panggilan kecemasan dari Hana."

"Hana janji......Hana cari Rif bila ada kecemasan yang betul-betul cemas ok. Hana janji."

"Contohnya? Bagi 3 pun cukup"

"Mmmmmmmm bila kereta mati dekat tempat yang sunyi dan tak ada orang. Bila kereta Hana hilang dan masa Hana betul-betul perlukan Rif. Setakat tukar tayar, enjin tak hidup atau yang remeh-remeh tu Hana fikirkan sendiri. Usaha tak ganggu Rif. Boleh la, boleh ya"

Tawa Rifqi makin menjadi. Hana bila tak dapat apa yang dia mahu beginilah. Manja tak sudah. "Hana awak tu pelupa ka? Fon hilang call Rif, tertinggal bas call Rif. Kena marah bos call Rif. Entah apa lagi hal remeh yang lain."

"Itu saja nak mengadu. Kalau tak suka cakap ja. Lagipun........." kata-kata Hana terhenti bila ada suara yang terbatuk di hadapan nya. Baru teringat mereka bukan berdua dari tadi

"Sorry...Zhaf kau tau ja Hana ni dari dulu macam ni mana berubah nya" Rifqi berkata dengan ketawa yang tersisa. Terlupa pada teman nya kerana terlalu asyik melayan karenah Hana

"Kita buat pesanan dulu. Aku dah lapar ni. Nanti lepas makan baru kamu sambung cerita lagi ok"

"Ok Hana nak nak makan apa?" Tanya Rifqi.

"Macam biasa"

Selesai makan mereka bercerita seketika. Hana hanya diam. Kejutan yang di terimanya masih ada. Tadi pun hanya sedikit makanan yang berjaya masuk ke rongga mulut nya. Selebihnya Rifqi yang menjadi mangsa menghabiskan makanan Hana

"Kenapa diam ni, tak sihat ka?" Rifqi bertanya sebaik menyedari perubahan Hana.

"Pening sikit. Agaknya cuaca tak ok" tipu Hana. Jangankan nak bercakap dengan Rifqi, mengangkat muka pun dia sudah tidak sanggup bila menyedari siapa sebenarnya yang ada di hadapan nya saat ini.

Bukan cuaca yang menghilangkan mood Hana. Tapi rakan Rifqi itu. Besarnya dunia mengapa Zhafran yang menjadi teman makan semeja mereka hari ini. Sebal bersarang dalam hati. Kalau dia tahu Rifqi mengajaknya makan bersama jejaka itu awal-awal lagi di tolaknya.

***************************

"Aik..... kenapa diam ni? Orang lain balik dari makan dengan buah hati happy ja. Kau ni muka masam macam jeruk manga. Cerita lah kenapa kenapa kenapa?" Shaunie mula mengusik Hana. Tadi beria Hana meminta nya untuk jadi pemandu tak berbayar menghantarnya ke restoran kampung untuk berjumpa dengan Rifqi. Alih-alih bila balik bukan muka ceria yang di lihat nya tapi muka toya Hana.

"Tak adalah. Kenyang sangat agaknya. Jadi mulut pun tak dapat nak bercakap" ya mulutnya tak larat mengeluarkan sepatah perkataan pun akibat masih terbawa-bawa perasaan.

"Amboi auta pun tak pandai. Tu muka kau, dah jelaskan dekat aku. Baik kau cerita." Untuk mendapat cerita haruslah pandai bermain kata. Shaunie masih tetap mencuba untuk mengorek rahsia mengapa muka comel milik Hana jadi begitu.

"Laaaa kalau dekat muka saya ni dah ada penjelasan nya. Jadi buat apa saya nak cerita lagi dekat awak Show. Buat penat ja."

"Agak nya orang angau memang macam ni kan. Makan terlalu kenyang hinggakan mulut tak larat nak bercerita."

Belum pun Hana sempat membela diri mereka telah di tegur dengar suara garau milik Zhafran. "Lapang sangat ka sampai boleh bersembang macam di kedai kopi ni?" Hana hanya merenung wajah Zhafran. Diam. Suasana jadi sunyi seketika. Shaunie yang mulut murai pun diam tak bersuara. Kecut la tu.

Zhafran terus berlalu. Sakit hatinya. Masa makan tadi boleh pula Hana terlebih riang nya seperti kanak-kanak mengekek manja dengan Rifqi. Tapi bila sedar dia di hadapan nya mulut Hana terus terkunci. Malah waktu dia mempelawa Hana untuk naik kereta nya Hana menolak. Walaupun Rifqi campur tangan.

Betul kata Rifqi, Hana masih tidak berubah. Hanya dengan 1 panggilan telefon Hana sudah tercegat di hadapan Rifqi sama seperti 3 tahun lalu. Hana Zhafiera. Beberapa tahun dulu itulah gadis yang selalu di temui Rifqi hinggakan Zhafran betul-betul menyangka mereka adik-beradik kandung. Tapi Hana masih sama. Kaku sebaik melihatnya.

"Nampaknya ada singa terlepas dari zoo Hana" bisik Shaunie di telinga Hana.

"La bukan abang Haqq awak ka tu?"

"Bila marah jadi singa bila manis baru la jadi abang hehe" selorah Shaunie.

"Tapi kan Hana, aku tengok dia macam marah dekat kau ja. Kau tak perasan ka dia pandang kau macam nak terkam" pandangan matanya mustahil salah melihat. Jelas tadi Zhafran memandang kearah Hana.

"Biar lah dia tu. Malas nak layan banyak benda lagi nak buat."

"Kau pun aku tengok balik dari makan dengan buah hati muka cemberut kenapa. Tak nak cerita ka? Shaunie bertanya lagi, belum kenal apa itu putus asa. Memang lawak jadi wartawan yang mahukan berita saja. Terasa pelik melanda jiwa nya. Hana bila jumpa Rifqi mulutnya mulai berkicau macam burung cerita hal Rifqi. Tapi hari ini pelik....bergaduh ka. Teka Shaunie.

"dah la jangan ganggu saya, banyak kerja nak buat ni. Esok-esok kita cerita. Nanti singa mengaung saya malas nak layan" Hana pura-pura sibuk melihat skrin kompiuter. Malas bersoal jawab dengan Shaunie. Mood tengah hilang buat la apa saja dia tetap tidak boleh menentramkan hatinya. Pelik dengan perasaan sendiri Hana segera mencapai kerja yang berlambak di meja.

Jika itu adalah takdir kita berbuat apa pun ianya tetap di luar kuasa kita. Kerna kita tidak tahu apa takdir yang akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan