Karya Cinta

Ahad, 24 Mei 2015

3cinta 1jiwa 6



Hana Zhafiera

Hana termenung jauh melayan perasaan hinggakan berulang kali namanya di panggil pembantu klinik. Siapa sangka akhirnya dia menapak juga ke klinik menghadap muka doktor. Terpaksa, bengka nya telah berkurang namun dia masih terhinjut-hinjut ketika hendak berjalan.

Hana pandang doktor wanita di hadapannya. Wanita itu seakan terkejut bila Hana menyebut mahu mendapatkan rawatan untuk kakinya yang terseliuh. Tag nama yang tergantung di baju di bacanya Airen Lee. Mungkin berdarah campuran, Kerana dari pandangan nya tiada iras cina sebaliknya lebih kepada Pakistan. Muka iras-iras Preity Zinta. Amboi sempat lagi dia membuat persamaan doktor dengan pelakon bollywood yang cantik itu.

“sebenarnya doktor kaki saya ni dah baik. Bengka pun dah kurang. Cuma saya nak minta mc ja. Tak larat sangat nak berjalan.” Hana bersuara setelah penat menganalisis doktor wanita di hadapan nya.

“ok, saya rasa pun kaki awak tak la teruk sangat. Awak banyak kan berehat. Jangan terlalu bergerak nanti makin teruk susah juga.”

“erkkkkk kena jarum ka doktor?” soalan polos Hana buat Airen tersenyum “awak nak kena jarum ka?” laju pula Hana menggeleng kepala bila di tanya. Menyesal timbul dalam hati. Di buat betul-betul dia kena jarum ada la drama yang akan terjadi di klinik hari ini. Entah-entah boleh jadi berita masuk di surat khabar metro. Seorang gadis mati mengejut sebaik menerima suntik. Eeeeeee takut pula dia membayangkan nya. Penakut betul Hana ni.

Setelah mendapat kan rawatan dan sedikit nasihat nya Hana meminta diri. Teringin pula Airen mahu bertanya siapa yang akan menghantar Hana pulang ke rumah, kerana gadis itu masih terhinjut-hinjut ketika berjalan. Takkan balik jalan kaki, alamat setengah hari baru Hana sampai ke rumah nya.

Airen berulang kali memandang bangku di hadapan nya. Seakan Hana Zhafiera masih ada di situ. Jadi inilah gadis yang di cari-cari Adam semalam. Dia masih ingat Adam bertanyakan gadis nama Iera, bukan Hana Zhafiera. Airen seakan berminta ingin tahu apa hubungan mereka. Hati nya rasa lain, bimbang Adam menyukai gadis itu sedangkan dia telah lama menyimpan perasaan terhadap Adam.

********************************************************

Melilau mata Zhafran mencari kelibat Hana. Dari pagi tadi dia langsung tidak melihat Hana. Seperti lagak orang sedang berkawat, hanya Shaunie kawan baik Hana yang asyik berlalu-lintas di hadapannya. Sambil senyum dan pandang hormat kepada Zhafran. Betul-betul praktis berkawat agaknya. Zhafran buat tidak tahu, tapi hanya Shaunie tempat dia boleh bertanya kan hal Hana.

“Shaunie, Hana tak datang kerja ka?” dengan suara yang sengaja di tegangkan Zhafran bertanya juga kepada Shaunie. Muka nya di masamkan, agar tidak kelihatan sangat dia mencari Hana. Ada bakat juga dia jadi pelakon.

“Hana mc” haaa pendek saja jawapan Shaunie buat Zhafran berfikir mahu bertanya lagi. tak boleh ka jawap tu terus dengan sebabnya. Dia juga yang kena bertanya. “mc kenapa?”

“tak tahu pula saya. Dia mesej hanya cakap mc ja. Encik Zhafran ada benda penting ka nak jumpa dia? Esok dia datang kerja. Mungkin demam biasa” Shaunie membuat andaian nya sendiri. Wajah abang Haqq nya di renung. Peluang ni, bukan selalu Zhafran bercakap dengan nya. Zhafran menggeleng. Hal kerja esok-esok boleh jumpa takkan lah orang mc pun mahu di ganggu.

Shaunie memandang Zhafran yang melangkah meninggalkan nya. Zhafran menegurnya hanya kerana Hana. Dia seakan dapat rasa mustahil pula hal kerja, tapi dia juga tidak mahu memikirkan jika Zhafran dengan Hana ada hubungan perasaan. Kan Hana tergilakan sangat dekat Rifqi. Hana harus tahu ini.

Hana rasa mahu ketawa guling-guling sebaik terbaca mesej Shaunie. Zhafran mencari nya. Pelik. Seingatnya dia telah menyiapkan kerjanya sebelum hari minggu lagi. Begitulah lumrahnya sebelum masuk minggu baru Hana akan pastikan semua invoice sudah bertanda tangan Zhafran. Kerana jika dia menanguhkan kerja pasti akan berlambak-lambak jadi nya.

Seharian di rumah Hana hanya baring di ruang tamu membuat marathon menghabiskan cerita drama korea master sun. Melihat pelakon lelakinya yang seakan berhati beku, buat Hana teringatkan sikap Zhafran. Sama ka mereka. Dia berfikir seketika. Sejujurnya dia langsung tidak dapat mengenali Zhafran sewaktu pertemuan pertama mereka kerana Zhafran tiada tersimpan dalam data fikirannya. Bila mereka makan bersana Rifqi barulah dia sedikit-sedikit mula ingat siapa Zhafran. Tapi itu pun langsung tiada yang menarik untuk di ingati.

“Amboi……berfeeling sangat layan movie korea tu. Ingat encik abang ka?” sapaan Amyliah buat dia mengangkat kepala. Terlalu asyik melayan perasaan hinggakan Amyliah balik kerja dia tidak perasan.

“ni ha part paling best. Sedih tau. Boyfriend dia mati”

“alah dia tak mati pun. Yang kau nak ikut perasaan sangat kenapa?.” Ucap Amyliah sambil membuka kasut tumit tingginya lalu di susun ke rak kasut.

“eh tak mati ka?” Hana jadi teruja.

“tak. Nanti perempuan tu buat perjanjian dengan dukun untuk panggil roh lelaki tu” dia menceritakan apa yang di ketahuinya.

“la boleh ka macam tu?”

“ini drama sayang. Hanya cerita rekaan. Kau nak buat dia mati hidup semula banyak kali pun boleh. Kau dah makan?”

“belum. Kaki tak boleh berdiri lama” muka minta simpati Hana tayang kepada Amyliah. Ada can dia mahu bermanja dengan kawan baik nya itu hari ini.

“amboi manjalah sangat. Kejaplah aku mandi dulu”

“terima kasih. Sayang Amyliah hingga hujung nyawa”

“bodek la tu” jerit Amyliah sambil berlalu meninggalkan Hana.

Bukan selalu mereka berdua dapat melepak bersama di rumah. Kerja Amyliah yang tidak tentu buat dia jarang ada masa di rumah. Bila Amyliah sering pulang ke rumah kakak nya buat Hana selalu berseorangan. Mereka bukan lagi macam masa belajar dulu, boleh bergelak ketawa bila-bila masa. Langsung tiada fikirkan hal kerja. Boleh enjoy sesuka hati.

“Hana, kau masih dengan Rifqi?” Amyliah bertanya sewaktu mereka makan saja mahu menduga. Adakah Hana masih setia dengan cinta kanak-kanaknya. Dia kenal Hana dari zaman belajar jadi dia juga tahu akan perasaan Hana pada Rifqi. Baginya adalah lebih baik jika Hana melupakan saja Rifqi dan mencari teman lelaki yang sebenar. Contohnya jejaki kemarin, lengkap pakej ok.  Hana diam hanya tersenyum. Masuk kali ni sudah 2 orang bertanyakan hal yang sama.

Sebut nama Rifqi dia terfikir, pertama kalinya dia dalam masalah tanpa memberitahu Rifqi. Selalunya jejaka itulah orang pertama akan dicari nya jika ada masalah. Adakah dia semakin matang. Tidak lagi menganggu Rifqi dengan hal-hal remeh seperti dulu. Entah dia tiada jawapan.


Hana memandang screen telefon nya. Nombor Rifqi telah lama tertera. Selepas mereka makan bersama dengan Zhafran mereka tiada lagi berjumpa. Rifqi sibuk dengan kerja nya. Mungkin juga sibuk melayan awek nya yang entah mana satu. Hana tahu Rifqi tidak serius.

Hana geram sendiri, mengapalah dia boleh jatuh sayang kepada Rifqi. Sedangkan dia sendiri maklum dengan perangai Rifqi nya yang suka bertukar teman wanita. Namun Hana buat pejam mata, seperti tiada apa. Dia pun sebenarnya tidak yakin apakah yang dirasa nya itu adalah cinta. Tapi yang dia tahu bila bersama Rifqi dia akan rasa selamat. Walau apa pun masalah nya bila Rifqi yang memberi buah fikiran pasti Hana akan rasa tiada masalah yang Rifqi tidak boleh selesaikan.  

Terfikir juga. Adakah Rifqi masih menganggap nya remaja, bukan seorang wanita. Hana mahu jadi matang. Hana mahu Rifqi memandangnya dengan pandangan seorang lelaki bukan pandangan seorang abang kepada adiknya. Telefon di letak ke tepi. Tiada alasan dia mahu menghubungi jejaka itu. Lebih baik dia melayan mata yang mengantuk.

Telefon Hana berbunyi. Ada mesej di terima.

Kenapa tak  datang kerja tadi?

Hana pelik. Siapa yang menghantar mesej kepada nya. Tahu pula dia tidak datang kerja. Tapi ini bukan nombor Rifqi. Takkan Rifqi telah menukar nombor telefon tanpa memberitahu nya. Hana mendail nombor tersebut. Mahu tahu siapa gerangan pemilik nombor tersebut. Tidak berjawab. Hana pandang mesej itu semula. Siapa pula yang sibuk mahu tahu akan hal nya. Beberapa nama muncul di kepala, tapi Hana tidak nampak sebab mereka mencari nya.

Hana menanti seketika jika ada mesej seterusnya. Dia tidak mahu terlihat terlalu mudah melayan nombor yang tidak di kenali. Rifqi tidak akan berbuat demikian. Pasti 100% itu bukan kerja Rifqi. Tapi siapa? Mata yang mengantuk mudah saja buat Hana terus lena di buai mimpi. Selamat malam dunia.

Jangan pernah melakukan sesuatu yang salah untuk mengembirakan hati dan sekadar mahu melupakan masalah.

Sabtu, 23 Mei 2015

Alahai....Syazana Esya





Cuaca hari ini terasa sedikit mengigit kulit, hampir 30 minit aku berada diperhentian bas, namun bas masih juga belum tiba. Sebentar lagi pukul Sembilan, alamat aku akan tiba lewat lagi hari ini ke tempat kerja. Aku melayan perasaan memikirkan betapa susahnya kehidupan harianku tanpa kenderaan sendiri.

 “hai…sendiri nampak?”seorang jejaka menegurku. Aku hanya memandangnya hairan sejak bila jejaka itu berada disebelahku, aku langsung tidak menyedarinya.

“ya takkan awak nampak saya berdua pula?”balasku malas sudah tahu bertanya lagi.

“boleh saya tumpang duduk dekat awak?” lelaki itu seakan tidak mengerti akan tindakan ku yang tidak mahu digangu.

“Ni bukan kenderaan awak nak tumpang dan bukan milik saya tapi hak kerajaan jadi duduklah” jawapku panjang lebar. Aku mahu dia tahu yang aku tidak suka melayannya jadi dia tidak seharusnya mengangguku.

“marah nampak?” sambung jejaka itu.

“siapa yang marah, awak nak tumpang duduk ka, tumpang berteduh ka atau pun tumpang kasih sayang saya tak kisah. Asalkan jangan ganggu saya?”balasku sedikit geram lalu berdiri menjauhinya.

“sombongnya. Awak tahu Tuhan ciptakan perempuan dengan sifat penuh kesopanan jadi tak baik awak bersikap begitu tak salah kita berkawan. Saya Hariz, awak?” suaranya masih macam tadi lembut saja dipendengaran. Kenapalah mood ku kurang baik hari ini dijadikan alasan untuk aku bersikap kasar terhadap orang lain.

“saya Syazana Esya, panggil saja Zana. Eh kebetulan bas saya dah datang tu jumpa lagi” balasku sambil tersenyum kelat kearah Hariz. Sememangnya kedatangan bas itu memang amat ku harapkan.
          
  Aku memandang sekeliling pejabat, kelihatan semua rakan ku sedang sibuk dimeja masing-masing mungkin mereka langsung tidak menyedari akan kelewatanku.

“Zana u baru sampai ka ni?” tegur Miera sebaik aku melabuhkan punggung dibangku.

“tak, dah lama cuma terperangkap dalam tandas tadi perut memulaslah” balas ku dengan senyuman mengejek kepadanya.

“macamlah I tak tahu mesti u lambat lagi ni kan? Nasip baik kita belum meeting lagi. U lupa ka hari ni kan penganti Khuzairi akan sampai” Miera cuba mengingatkanku.
Aku hampir terlupa assistant manager akan datang hari ini. Nasip baiklah bas tiba juga tadi kalau tidak alamat aku terpaksalah menahan malu kerana tertangkap datang lambat.

Encik Fuad memberikan isyarat untuk ke bilik mesyuarat, aku sebetulnya langsung tidak sukakan sebuah perjumpaan samaada formal atau tidak. Aku sendiri kurang pasti, bagi ku pertemuan yang makan masa berjam-jam ini hanya membuang masa. Dan paling lama aku akan bertahan selama 30 minit sebelum mulutku dengan gatalnya mulai menguap dan akhirnya pasti kelopak mataku turut serta berirama naik turun melayan mengantuk.

Encik Fuad memulakan agenda mesyuarat seperti biasa, aku hanya mendengar tapi sedikit pun aku tidak menghiraukannya. Dada ku terasa sakit maklum aku kan terlewat pagi tadi tentu saja aku belum sempat menjamah makanan. Aku hanya berdoa moga tahap kelaparanku akan ada belas kasihan pada kali ini aku tidak mahu kejadian aku pengsan kerana gastrik berulang lagi.
Kami kemudiannya menjalankan sedikit sesi suai kenal bersama bos baru, memangnya perkara inilah yang paling menyusahkan bagiku. Lagaknya macam sesi suai kenal masa sekolah-sekolah dulu.

 “saya Syazana Esya, staff inventory control” sekali nafas saja aku menuturkannya.

“Syazana Esya cantik nama, secantik orangnya” bos baru itu memujiku. Entahlah bagi aku dah dia puji jadi aku senyum sajalah tak rugi pun.

 “awak cuba cakap sambil tengok saya” aku mengangkat muka memandangnya.

“Saya………” kata-kataku terhenti sebaik menyedari siapa lelaki yang kini berada dihadapanku.

Mustahil encik Hariz yang dimaksudkan sebagai bos baru itu adalah jejaka yang ku temui di perhentian bas pagi tadi. Muka sinis nya tambah membuat hatiku makin kecut. Terimbas kembali kelakuanku sewaktu diperhentian bas pagi tadi. Tentu saja dia beranggapan yang teruk berkaitan dengan disiplin ku.

Pandangan ku mula berpinar-pinar segala apa yang dikatakannya seperti suara Donal Duck kartun kesukaan adikku yang kedengaran. Apa jadi dekat aku mmmmm mestilah aku pengsan sebab lapar dan terkejut.
            
  Sejak dari hari Hariz bekerja hidupku mula terasa sesak. Kejadian aku jatuh pengsan sering jadi alasan untuknya mengetahui semua perihalku. Alasannya dia takut kejadian itu berulang lagi. Mujur nombor telefon ku belum diketahuinya kalau tidak bertambah parahlah hidupku.

Sebenarnya jujur aku pelik kenapa Hariz boleh saja menyukai aku tanpa sebab. Pernah aku bertanya namun jawapan nya langsung tidak memenuhi kehendak hati ku. Dengan mudah dia kata panahan cinta pandang pertama itu saja. Aku yang mendengar hampir tergelak. Satu kebetulan saja, kuasa Tuhan. Kereta dia rosak dan kerna itu lah kami bertemu di stesen bas.

“hari ini Zana balik dengan saya ok” wajah Hariz ku pandang. Perminta kali ini harus ku tolak. Aku tidak mahu rakan yang lain memandang serong terhadapku.

“saya boleh balik sendiri” balasku

“jangan bantah, nanti ada apa-apa jadi dekat Zana kan susah”

“saya tahu jaga diri saya, selama ini pun saya boleh  bergerak tanpa bantuan orang lain. Saya bukan orang kurang upaya yang mesti sentiasa diberi perhatian”

“kalau awak orang kurang upaya lagilah saya kena jaga awak sepenuh masa”

“hei….apa ni saya tak faham. Jangan ganggu hidup saya. Encik Hariz tak ada hak!”marahku. Mukaku mula terasa panas hinggakan nafasku tidak teratur.

“jam5 saya tunggu awak dekat tempat kereta” Hariz terus berlalu. Seperti tiada apa yang ku katakan sebentar tadi, hinggakan dia berani membari arahan tidak sah kepada ku.

Sebelum pukul5 lagi aku telah keluar dari pejabat, aku sebolehnya tidak mahu terserempak dengan Hariz. Entah apa yang akan berlaku nanti jika dia mengetahui aku telah pulang lebih awal. Ahhhhh yang penting aku mahu mengelak dari bertemu dengannya. Tapi yang terjadi sebaliknya, senyuman kemenangan yang terukir dibibirku sebaik memijak lantai luar pejabat mati sebaik melihat Hariz telah sedia menunggu dengan keretanya.

Hari-hari ku lalui mulai terasa lain tidak seperti dulu. Aku kah yang berubah atau mereka yang lain, Mieza juga sudah jarang menegurku. Mungkin dia sibuk tapi kadang aku lihat dia ada juga bergelak ketawa dengan yang lain tapi sebaik aku tiba cerita mereka akan mati. Hanya Fuad yang kadang kala menegurku itupun seperti terpaksa.
            
 “Fuad, saya nak tanya sikit. Kenapa sekarang semua orang macam tak suka dekat saya?” tanya ku suatu hari.

“tak adalah, perasaan Zana ja tu agaknya” Fuad seakan cuba berdalih.

“tak mungkin la, saya dapat rasa. Cakaplah saya ada buat salah ka?” aku cuba meminta kepastian. Sampai bila aku dipinggirkan oleh mereka.

“Fuad tak nampak salah Zana, cuma Zana dah tak macam dulu. Mungkin sebab Hariz?”

“maksud Fuad?” aku kurang faham.

“Zana jangan marah ok. Sebenarnya apa yang Zana nak dari Hariz?” pertanyaan Fuad mengelirukan mindaku. Aku langsung tidak memahami maksud pertanyaannya.

“kalau Zana rasa dengan buat begitu Zana boleh beli jiwa encik Hariz untuk kepentingan diri sendiri teruskanlah, tapi mungkin kami semua bukan kawan Zana yang dulu lagi” kata-kata Fuad benar-benar mengejutkanku.

Aku dituduh mahu mengambil kesempatan keatas Hariz walhal aku tidak pernah terfikir untuk itu. Kenapalah mereka tidak nampak selama ini segala usaha ku menjauhkan diri dari Hariz. Aku harus membuat keputusan segera. Aku harus mengertak Hariz, harusssss.

“Zana bagi saya 3 sebab kenapa awak nak berhenti kerja. Jawapan awak mestilah saya boleh terima baru saya luluskan surat berhenti kerja ni” Hariz memandangku lagak seperti singa mahu menerkam mangsanya.

“pertama saya tak suka awak, kadua saya malas tengok muka awak dan ketiga saya bencikan awak” jawapku dengan bersahaja.

“kenapa?”tanya Hariz lagi.

“saya tak dapat fokus untuk kerja dan saya rasa sangat sesak macam ni”

“kalau macam tu kita buat perjanjian awak bekerja disini dan saya yang berhenti” aku terkejut dengan jawapannya itu, terlalu mustahil dia akan berhenti kerana Encik Fuad manager di situ sudah tentu tidak bersetuju.

 “encik Hariz tak ada hak nak tahan saya. Lagipun saya sanggup bayar gaji 3 bulan kerana tak hantar notis berhenti awal”

“jangan fikir saya akan benarkannya” Hariz berlalu membiarkan ku menahan amarah.
            
 Aku menarik lengan Hariz dengan berharap dia akan berhenti dan menamatkan semuanya hari ini. Hariz berpaling memandangku, namun ianya hanya seketika. Dia menarik tangannya dari gengamanku.

“arrrrrrrrr” jerit ku sambil tanganku menghentak meja nya. Tanganku terasa kebas namun ku biarkan sakit hatiku dengan tindakan Hariz lebih terasa.

“awak dah gila ka?” bentak Hariz sambil mengamati tapak tanganku yang mulai mengeluarkan cairan merah. Darah???

Aku terkejut, baru sedar tanganku telah terhempas pada perhiasan kaca yang ada diatas mejanya. Denyutan makin terasa bersama keluarnya darah dari lukaku. Aku hanya memerhatikan perlakuan Hariz yang sibuk mencari peti kecemasan.

“peti tu ada dekat sinilah” akhirnya aku bersuara, tapi itupun setelah aku tidak dapat menahan sakit yang kian terasa. Aku dapat melihat keresahannya hinggakan peti yang ada depan matanya pun tidak dapat ditemui. Arghh…. Hariz terus menarik tangan ku pergi.
           
 Aku hanya tersenyum dari tadi, wajah Hariz yang sedang memandu ku pandang lucu. Entah apa yang sedang bermain difikirannya saat ini, aku rasa ingin ketawa namun ku tahan takut pula dia akan melenting nanti. Yalah dia seakan tidak tentu arah tadi hinggakan luka sekecil itu hendak dibawa berjumpa doctor.

“apa yang lucunya Zana?” akhirnya Hariz bersuara. Mukanya sudah tidak setegang tadi.

“tak, tak ada apa-apa. Lucukan hal tadi?” balasku.

“tak ada apa-apa tapi asyik tersenyum, memangnya tangan awak tu tak sakit lagi ka?”ada nada kurang senang pada percakapannya kali ini.

“yalah luka kecil ni pun nak jumpa doktor kan da kena ceramah free. Mesti doktor tu geram macamlah dia tu tak ada kerja, sampai kita nak tambah pesakit dia” terangku berhati-hati, yalah orang tengah bengkak hati mana boleh cakap sedap mulut nanti entah apa dibuatnya. Lagipun aku mahu dia tahu apa yang aku tiada niat untuk mempersendakan tindakannya.

“saya sukakan awak jadi wajar saya bertindak macam tu faham” Hariz hanya selamba menuturkan perasaannya. Muka ku yang mula terasa merah, ku alihkan keluar tingkap.
Sejak dari kejadian tu aku mula memberi ruang untuk Hariz dalam kehidupan aku. Bukannya aku ni memilih  cuma hati aku yang masih takut menerima cinta. Rakan-rakan sekerja pun sudah kembali macam dulu, mereka tahu aku bukanlah jenis orang yang suka mengambil kesempatan dengan menjadikan Hariz sebagai batu loncatan untuk mendapatkan apa yang ku mahu.

Wajah Hariz ku pandang. Seiring terbenamnya matahari di balik air laut yang membiru aku menetapkan satu niat. Orang kata lelaki yang baik ni susah kita nak jumpa. Hariz jangan kan marah meninggikan suara pun susah. Seorang lelaki yang sentiasa tenang, kadang romantik namun tetap tegas. Penyayang dan part aku paling suka Hariz suka manja kan aku macam aku ni budak baru nak up dalam hidup hehehehe. Aku senyum suka.

“Zana…sudi tak jadi teman wanita saya?” pertanyaan Hariz mengejutkan ku. Namun andai ini yang terbaik untuk ku mengapa harus tidak.

“jadi teman sehidup semati pun boleh” jawapku sambil ketawa panjang. Andai ini mimpi aku memilih untuk tidak terjaga agar aku terus merasa bahagia. Mengapa harus memilih dan mencari yang lain andai yang baik sudah ada depan mata. Tiada yang sempurna, maka nya kita harus saling melengkapi untuk menjadi sempurna bersama.

Berdua lebih baik hahahahaha.