Karya Cinta

Ahad, 24 Mei 2015

3cinta 1jiwa 6



Hana Zhafiera

Hana termenung jauh melayan perasaan hinggakan berulang kali namanya di panggil pembantu klinik. Siapa sangka akhirnya dia menapak juga ke klinik menghadap muka doktor. Terpaksa, bengka nya telah berkurang namun dia masih terhinjut-hinjut ketika hendak berjalan.

Hana pandang doktor wanita di hadapannya. Wanita itu seakan terkejut bila Hana menyebut mahu mendapatkan rawatan untuk kakinya yang terseliuh. Tag nama yang tergantung di baju di bacanya Airen Lee. Mungkin berdarah campuran, Kerana dari pandangan nya tiada iras cina sebaliknya lebih kepada Pakistan. Muka iras-iras Preity Zinta. Amboi sempat lagi dia membuat persamaan doktor dengan pelakon bollywood yang cantik itu.

“sebenarnya doktor kaki saya ni dah baik. Bengka pun dah kurang. Cuma saya nak minta mc ja. Tak larat sangat nak berjalan.” Hana bersuara setelah penat menganalisis doktor wanita di hadapan nya.

“ok, saya rasa pun kaki awak tak la teruk sangat. Awak banyak kan berehat. Jangan terlalu bergerak nanti makin teruk susah juga.”

“erkkkkk kena jarum ka doktor?” soalan polos Hana buat Airen tersenyum “awak nak kena jarum ka?” laju pula Hana menggeleng kepala bila di tanya. Menyesal timbul dalam hati. Di buat betul-betul dia kena jarum ada la drama yang akan terjadi di klinik hari ini. Entah-entah boleh jadi berita masuk di surat khabar metro. Seorang gadis mati mengejut sebaik menerima suntik. Eeeeeee takut pula dia membayangkan nya. Penakut betul Hana ni.

Setelah mendapat kan rawatan dan sedikit nasihat nya Hana meminta diri. Teringin pula Airen mahu bertanya siapa yang akan menghantar Hana pulang ke rumah, kerana gadis itu masih terhinjut-hinjut ketika berjalan. Takkan balik jalan kaki, alamat setengah hari baru Hana sampai ke rumah nya.

Airen berulang kali memandang bangku di hadapan nya. Seakan Hana Zhafiera masih ada di situ. Jadi inilah gadis yang di cari-cari Adam semalam. Dia masih ingat Adam bertanyakan gadis nama Iera, bukan Hana Zhafiera. Airen seakan berminta ingin tahu apa hubungan mereka. Hati nya rasa lain, bimbang Adam menyukai gadis itu sedangkan dia telah lama menyimpan perasaan terhadap Adam.

********************************************************

Melilau mata Zhafran mencari kelibat Hana. Dari pagi tadi dia langsung tidak melihat Hana. Seperti lagak orang sedang berkawat, hanya Shaunie kawan baik Hana yang asyik berlalu-lintas di hadapannya. Sambil senyum dan pandang hormat kepada Zhafran. Betul-betul praktis berkawat agaknya. Zhafran buat tidak tahu, tapi hanya Shaunie tempat dia boleh bertanya kan hal Hana.

“Shaunie, Hana tak datang kerja ka?” dengan suara yang sengaja di tegangkan Zhafran bertanya juga kepada Shaunie. Muka nya di masamkan, agar tidak kelihatan sangat dia mencari Hana. Ada bakat juga dia jadi pelakon.

“Hana mc” haaa pendek saja jawapan Shaunie buat Zhafran berfikir mahu bertanya lagi. tak boleh ka jawap tu terus dengan sebabnya. Dia juga yang kena bertanya. “mc kenapa?”

“tak tahu pula saya. Dia mesej hanya cakap mc ja. Encik Zhafran ada benda penting ka nak jumpa dia? Esok dia datang kerja. Mungkin demam biasa” Shaunie membuat andaian nya sendiri. Wajah abang Haqq nya di renung. Peluang ni, bukan selalu Zhafran bercakap dengan nya. Zhafran menggeleng. Hal kerja esok-esok boleh jumpa takkan lah orang mc pun mahu di ganggu.

Shaunie memandang Zhafran yang melangkah meninggalkan nya. Zhafran menegurnya hanya kerana Hana. Dia seakan dapat rasa mustahil pula hal kerja, tapi dia juga tidak mahu memikirkan jika Zhafran dengan Hana ada hubungan perasaan. Kan Hana tergilakan sangat dekat Rifqi. Hana harus tahu ini.

Hana rasa mahu ketawa guling-guling sebaik terbaca mesej Shaunie. Zhafran mencari nya. Pelik. Seingatnya dia telah menyiapkan kerjanya sebelum hari minggu lagi. Begitulah lumrahnya sebelum masuk minggu baru Hana akan pastikan semua invoice sudah bertanda tangan Zhafran. Kerana jika dia menanguhkan kerja pasti akan berlambak-lambak jadi nya.

Seharian di rumah Hana hanya baring di ruang tamu membuat marathon menghabiskan cerita drama korea master sun. Melihat pelakon lelakinya yang seakan berhati beku, buat Hana teringatkan sikap Zhafran. Sama ka mereka. Dia berfikir seketika. Sejujurnya dia langsung tidak dapat mengenali Zhafran sewaktu pertemuan pertama mereka kerana Zhafran tiada tersimpan dalam data fikirannya. Bila mereka makan bersana Rifqi barulah dia sedikit-sedikit mula ingat siapa Zhafran. Tapi itu pun langsung tiada yang menarik untuk di ingati.

“Amboi……berfeeling sangat layan movie korea tu. Ingat encik abang ka?” sapaan Amyliah buat dia mengangkat kepala. Terlalu asyik melayan perasaan hinggakan Amyliah balik kerja dia tidak perasan.

“ni ha part paling best. Sedih tau. Boyfriend dia mati”

“alah dia tak mati pun. Yang kau nak ikut perasaan sangat kenapa?.” Ucap Amyliah sambil membuka kasut tumit tingginya lalu di susun ke rak kasut.

“eh tak mati ka?” Hana jadi teruja.

“tak. Nanti perempuan tu buat perjanjian dengan dukun untuk panggil roh lelaki tu” dia menceritakan apa yang di ketahuinya.

“la boleh ka macam tu?”

“ini drama sayang. Hanya cerita rekaan. Kau nak buat dia mati hidup semula banyak kali pun boleh. Kau dah makan?”

“belum. Kaki tak boleh berdiri lama” muka minta simpati Hana tayang kepada Amyliah. Ada can dia mahu bermanja dengan kawan baik nya itu hari ini.

“amboi manjalah sangat. Kejaplah aku mandi dulu”

“terima kasih. Sayang Amyliah hingga hujung nyawa”

“bodek la tu” jerit Amyliah sambil berlalu meninggalkan Hana.

Bukan selalu mereka berdua dapat melepak bersama di rumah. Kerja Amyliah yang tidak tentu buat dia jarang ada masa di rumah. Bila Amyliah sering pulang ke rumah kakak nya buat Hana selalu berseorangan. Mereka bukan lagi macam masa belajar dulu, boleh bergelak ketawa bila-bila masa. Langsung tiada fikirkan hal kerja. Boleh enjoy sesuka hati.

“Hana, kau masih dengan Rifqi?” Amyliah bertanya sewaktu mereka makan saja mahu menduga. Adakah Hana masih setia dengan cinta kanak-kanaknya. Dia kenal Hana dari zaman belajar jadi dia juga tahu akan perasaan Hana pada Rifqi. Baginya adalah lebih baik jika Hana melupakan saja Rifqi dan mencari teman lelaki yang sebenar. Contohnya jejaki kemarin, lengkap pakej ok.  Hana diam hanya tersenyum. Masuk kali ni sudah 2 orang bertanyakan hal yang sama.

Sebut nama Rifqi dia terfikir, pertama kalinya dia dalam masalah tanpa memberitahu Rifqi. Selalunya jejaka itulah orang pertama akan dicari nya jika ada masalah. Adakah dia semakin matang. Tidak lagi menganggu Rifqi dengan hal-hal remeh seperti dulu. Entah dia tiada jawapan.


Hana memandang screen telefon nya. Nombor Rifqi telah lama tertera. Selepas mereka makan bersama dengan Zhafran mereka tiada lagi berjumpa. Rifqi sibuk dengan kerja nya. Mungkin juga sibuk melayan awek nya yang entah mana satu. Hana tahu Rifqi tidak serius.

Hana geram sendiri, mengapalah dia boleh jatuh sayang kepada Rifqi. Sedangkan dia sendiri maklum dengan perangai Rifqi nya yang suka bertukar teman wanita. Namun Hana buat pejam mata, seperti tiada apa. Dia pun sebenarnya tidak yakin apakah yang dirasa nya itu adalah cinta. Tapi yang dia tahu bila bersama Rifqi dia akan rasa selamat. Walau apa pun masalah nya bila Rifqi yang memberi buah fikiran pasti Hana akan rasa tiada masalah yang Rifqi tidak boleh selesaikan.  

Terfikir juga. Adakah Rifqi masih menganggap nya remaja, bukan seorang wanita. Hana mahu jadi matang. Hana mahu Rifqi memandangnya dengan pandangan seorang lelaki bukan pandangan seorang abang kepada adiknya. Telefon di letak ke tepi. Tiada alasan dia mahu menghubungi jejaka itu. Lebih baik dia melayan mata yang mengantuk.

Telefon Hana berbunyi. Ada mesej di terima.

Kenapa tak  datang kerja tadi?

Hana pelik. Siapa yang menghantar mesej kepada nya. Tahu pula dia tidak datang kerja. Tapi ini bukan nombor Rifqi. Takkan Rifqi telah menukar nombor telefon tanpa memberitahu nya. Hana mendail nombor tersebut. Mahu tahu siapa gerangan pemilik nombor tersebut. Tidak berjawab. Hana pandang mesej itu semula. Siapa pula yang sibuk mahu tahu akan hal nya. Beberapa nama muncul di kepala, tapi Hana tidak nampak sebab mereka mencari nya.

Hana menanti seketika jika ada mesej seterusnya. Dia tidak mahu terlihat terlalu mudah melayan nombor yang tidak di kenali. Rifqi tidak akan berbuat demikian. Pasti 100% itu bukan kerja Rifqi. Tapi siapa? Mata yang mengantuk mudah saja buat Hana terus lena di buai mimpi. Selamat malam dunia.

Jangan pernah melakukan sesuatu yang salah untuk mengembirakan hati dan sekadar mahu melupakan masalah.

2 ulasan: